Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Notis usul tidak percaya kepada Perdana Menteri

Notis tersbut telah dihantar sebentar tadi (petang) di Parlimen.

Datin Seri Wan Azizah, Hj Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah mewakili Pakatan Rakyat.

Perbahasan dijangka akan berlangsung Hari Isnin 14 Julai 2008.

Laporan oleh Rozaini M R

July 10, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 3 Comments

Kenyataan Media: Soal Jawab Lisan Parlimen di Putar Belit 10 Julai 2008

Soalan asal saya ialah:

Puan Fuziah Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM) menjelaskan status Majlis Pembangunan Wanita Kebangsaan / Negeri

(i) adakah didaftarkan sebagai NGO/jabatan seliaan KPWKM

(ii) apakah hubungan/tatacara kerja MPWK/MPWN dengan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat

Telah ditukar (selepas ia sampai ke pihak Kementerian) kepada:

10. PR-1212-L13539

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status Majlis

Penasihat Wanita Negara:-

(a) adakah didaftarkan sebagai NGO/Jabatan seliaan KPWKM; dan

(b) apakah hubungan/tatacara kerja MPWN dengan Kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Sewaktu saya membentangkan soalan saya kepada Timbalan Menteri pagi tadi, saya menyeru kepada beliau untuk bersikap professional dan menjawab soalan asal dari saya, dan bukan pula soalan yang ingin dijawab oleh pihak Kementerian.

Majlis Pembangunan Wanita dan Majlis Penasihat Wanita merupakan dua badan yang berbeza, dan soalan saya amat jelas.

Saya menyifatkan tindakan pihak Menteri / Kementerian sebagai tidak bertanggungjawab dan bermotifkan politik. Ianya bertujuan untuk mengelak daripada menjawab hal yang berkaitan dengan isu yang akan menyerlahkan kesalahan diskriminasi dan sikap tidak telus yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terhadap Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Tindakan ini boleh dianggap sebagai pecah amanah oleh Pihak Kementerian/Menteri yang mewakili Kerajaan.

Saya akan mengambil tindakan tegas perihal setelah merujuk kepada hal Peraturan Dewan.

Hajah Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

10 Julai 2008

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kenyataan media di atas, sila hubungi

Puan Rozaini binti Mohd Rosli, 019-8502757 email: rozainiebbm@yahoo com

July 10, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 1 Comment