Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Pegawai MB S’gor digantung tugas?

Malaysiakini.com
Jun 22, 08 8:53pm
Seorang pegawai kanan menteri besar Selangor, yang sedang disiasat berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya, akan digantung tugasnya esok.

“Ya, kemungkinan besar esok beliau akan dikenakan tindakan penggantungan,” kata satu sumber dekat dengan pentadbiran kerajaan negeri kepada Malaysiakini awal malam ini.

Sumber-sumber lain pula berkata, tindakan itu telah diketahui oleh pegawai terbabit dan beliau mula memanggil mesyuarat dengan beberapa lagi rakannya dalam PKR.

Satu pertemuan dengan pengikutnya telah diadakan hari ini di pejabat pegawai terbabit di Gombak, kata sumber-sumber itu lagi, dan kemungkinan satu perhimpunan bantahan diadakan jika penggantungan tugas diteruskan.

Difahamkan, kira-kira 100 pengikut pegawai terbabit berkumpul di luar pejabatnya di Gombak lewat petang tadi.

Satu sumber lain memberitahu Malaysiakini, beliau tidak pasti sama ada pegawai kanan itu akan digantung atau dipecat daripada pejabat menteri besar.

Seorang bekas timbalan setiausaha PKR yang baru pulang dari luar negara disebut-sebut bakal menggantikan pegawai terbabit.

Bagaimanapun sumber-sumber itu belum dapat mengesahkannya.

khalid ibrahim interview 160608Beberapa pemimpin dan wakil-wakil rakyat parti itu di Selangor juga sudah mendapat maklumat tentang tindakan yang bakal diambil oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto).

Pada 10 Jun lalu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) memanggil pegawai kanan berkenaan selama empat jam berhubung siasatan kes kelulusan kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah yang melibatkan kawasan Petaling Jaya.

“Kita sudah ambil keterangan pegawai terbabit hari ini dan hasil siasatan akan diketahui dalam jangka masa terdekat ini,” kata pengarah BPR Selangor, Ja’afar Mahad tidak lama selepas laporan tersebut dibuat.

Pada 5 Jun, sekumpulan empat orang (foto bawah) yang mendakwa ahli PKR dilaporkan telah membuat aduan kepada BPR dengan dakwaan pegawai kanan tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri besar tanpa keizinan.

Mereka mendakwa mempunyai dokumen yang membuktikan pegawai kanan terbabit terlibat dalam meluluskan kontrak dan tender itu kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan Abdul Khalid.

Sehari sebelumnya mereka, yang diketuai oleh Remy Iskandar, telah membuat aduan polis.

selangor mb sinar harian aca report 060608Remy dilaporkan berkata mereka meragui kelulusan tersebut kerana ia menggunakan kepala surat tanpa nombor rujukan yang jelas dan pegawai tersebut meminta syarikat-syarikat itu diberikan keutamaan dalam pembahagian kontrak itu.

“Apa yang berlaku seolah-olah menafikan pendirian menteri besar yang sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa setiap pemberian kontrak atau tender akan dilakukan secara terbuka dan menolak usaha pengagihannya menggunakan pendekatan rundingan,” beliau dipetik sebagai sebagai berkata.

“Kami tampil untuk untuk membuktikan PKR telus menolak sebarang usaha salah guna kuasa dan cubaan menafikan kepercayaan rakyat terhadap PKR.”

Selangor pula berhasrat menjalankan siasatan sendiri kerana bimbang BPR lambat dan boleh mencemarkan imejnya.

Kerajaan negeri menyeru empat pengadu itu agar hadir di depan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggung- jawaban dan Ketelusan yang diketuai speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chan Kim bagi menentukan kesahihan dakwaan itu.

MB: Duit S’gor masuk akaun PKR
Jun 23, 08 3:00pm
Menteri Besar Selangor hari ini mengakui wujud sumbangan derma daripada syarikat-syarikat swasta bagi sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu yang didepositkan ke dalam akaun PKR.

“Saya diberitahu ada usaha untuk mengutip derma yang saya rasa tidak perlu,” kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas dakwaan Mohamad Ezam Mohd Nor.

Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa bahawa kutipan wang derma bagi penganjuran majlis sambutan itu telah didepositkan ke dalam akaun PKR.

Menurut laporan Bernama, Abdul Khalid berkata wang kutipan itu yang menurut kiraan beliau “tidak seberapa jumlahnya” akan dibekukan.

Tambahnya, ahli-ahli Pakatan Rakyat sebagai satu pasukan akan berbincang bagaimana wang itu akan digunakan dan jumlah kutipan itu akan diberitahu kepada kerajaan negeri.

“Adalah malang kutipan dan pemindahan ke dalam dana Parti Keadilan.

“Ia harus dipindahkan ke dalam akaun negeri dan kemudian kita bincangkan kegunaannya,” katanya selepas melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di Shah Alam.

Beliau akan menulis surat bagi mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat berkenaan dan bertanya sama ada mereka menerima tekanan untuk menyumbang untuk sambutan itu, lapor agensi berita itu lagi.

June 22, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Malaysian Politics, New Politics, Politics, Politik Baru | | 10 Comments

Bersama Prof Jomo Sundaram

Photobucket

Ahli-Ahli Parlimen (AP) Pakatan Rakyat bersama Prof. Jomo dalam perbincangan mengenai isu-isu semasa di Malaysia. Perkongsian ini akan lebih mempersiapkan AP dalam peranan mereka sebagai penggubal dasar di Malaysia.

Photobucket

Kelihatan YB Khalid Samad sedang menerangkan sesuatu. Juga kelihatan ialah YB Tony Pua. Tidak kelihatan ialah YB Zulkifli Ahmad. Tony Pua, Zulkifli Ahmad dan William Leong telah menjadi panel menganalisis isu semasa di sesi tersebut.

June 22, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 2 Comments

Parlimen: Usul di Dewan Rakyat Isnin, 23 Jun 2008

Usul di bawah akan dibawa oleh Datuk Shahrir Abdul Samad di Dewan Rakyat pada hari Isnin, 23hb Jun 2008 nanti, selepas sesi soalan jawab lisan pada jam 11.30 pagi.

Pakatan Rakyat akan menbantah dan tidak menyokong sama sekali usul ini.

Kerana kerajaan telah tidak bertanggungjawab dalam menangani isu kenaikan harga minyak. Ia merupakan tindakan reaktif, seolah-olah tidak dijangkakan. Ia telah menyusahkan rakyat secara mendadak. Kerajaan juga tidak mempunyai dasar tenaga (energy policy) yang jelas yang melibatkan peralihan dari pengunaan petrol kepada penggunaan bahanapi/ kuasa alternatif dalam penggunaan harian rakyat.

Kerajaan juga telah gagal dalam dasar pengangkutan awam yang boleh mengurangkan dengan besar jumlah perbelanjaan pengangkutan rakyat jelata.

Penjimatan kerajaan telah mengambil peruntukan-peruntukan dari sektor-sektor kesihatan dan pendidikan – dua sektor yang menjadi keperluan penting rakyat untuk sekarang dan masa depan mereka.

Rata-rata apa yang kerjaaan pimpinan BN lakukan adalah tidak mencukupi bagi meringankan beban inflasi yang ditangung oleh rakyat. Ditambah pula dengan sikap boros dan perbelanjaan mewah kerajaan pimpinan umno-BN yang mengalirkan kewangan kepada projek-projek koridor dan mega yang bukan kepentingan semasa rakyat Malaysia yang saban hari sebahagiannya trying to make ends meet.

Nantikan penghujahan-penghujahan dari Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat nanti.

oleh Rozaini

————————————————————————————–

AUM DR 23/6/2008
ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
mencadangkan:
Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) Dewan ini mengambil ketetapan
berikut:
“Bahawa Dewan ini,
Prihatin akan kenaikan mendadak harga minyak, makanan dan komoditi lain di
pasaran dunia, yang merupakan fenomena global di luar kawalan Kerajaan.
Menyedari bahawa fenomena kenaikan harga ini membawa impak negatif yang
besar kepada kesejahteraan rakyat serta kemajuan ekonomi negara.
Memahami dan menyokong langkah Kerajaan untuk menstruktur sistem
subsidi minyak dan gas yang menjejas kewangan Kerajaan dan tidak dapat
ditanggung tatkala harga minyak di pasaran global terus meningkat tinggi, agar
beban ke atas ekonomi negara dapat dikurangkan dan subsidi dapat diagihkan
dengan lebih saksama kepada mereka yang benar-benar memerlukannya yakni
golongan miskin dan berpendapatan rendah dan sederhana.
Menyokong langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk
mengurangkan beban ke atas rakyat yang disebabkan oleh kenaikan harga
minyak, makanan dan komoditi, agar kesejahteraan hidup rakyat terus terjaga.
Menyedari keazaman dan usaha Kerajaan untuk terus mempertingkatkan
pertumbuhan ekonomi dan memperjuangkan agenda pembangunan nasional,
walaupun persekitaran di peringkat global semakin mencabar.
Bahawa Dewan yang mulia ini menyeru kesemua lapisan rakyat Malaysia, para
peniaga dan pengilang serta parti-parti politik agar tabah dan bersatu padu
dalam menghadapi cabaran global ini serta memelihara keamanan, kestabilan
dan kesejahteraan kita bersama”.

June 22, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | No Comments Yet