Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kunjung hormat ke Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan

Saya telah berkunjung hormat ke Pejabat Tanah Kuantan bertemu Dato’ Hj Muhammad Ubaidullah, Pegawai Daerah Kuantan.

Kami telah berbincang mengenai beberapa perkara yang menyentuh permasalahan rakyat dan kebajikan mereka khususnya dalam hal berkaitan permohonan pemilikan tanah, prosedur dan SOP mengenai urusan-urusan dengan pelanggan Pejabat Tanah.


Photobucket
Gambar saya bersama Dato’ Muhammad Ubaidullah di pejabat beliau di Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan

Tinjauan mengenai status backlog kes-kes di Pejabat Tanah (PT) mencecah bilangan 9000 dan saban bulan bertambah sebanyak 200 kes baru.

PT hanya mampu menyelesaikan sebanyak 50 hingga 60 kes sebulan saja. Itu bermakna bahawa rakyat akan mengalami pelbagai bentuk kesulitan dalam cita-cita memiliki sebidang tanah untuk tujuan penempatan, perladangan, penternakan dan lain-lain keperluan bagi masa depan mereka dan waris mereka.

Penangguhan penyelesaian kes-kes berkaitan tanah tentunya akan menyusahkan perancangan masa depan rakyat yang terpaksa menunggu bertahun-tahun, bahkan bertahun-tahun dalam mendapat maklum balas dan kelulusan mengenai permohonan mereka di PT.

Masih belum berlaku suatu delivery system yang boleh dibanggakan di PT Kuantan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, keaadaan tersebut adalah lumrah di mana-mana PT di Malaysia.

Buat masa ini, kelulusan kebanyakan permohonan perlu melalui PT, Pejabat Tanah dan Galian dan EXCO Negeri. Ia memakan masa yang begitu lama. Ada cadangan bahawa undang-undang Kanun Tanah Negara dipinda bagi mengurangkan red tape dan birokrasi bagi mempercepatkan segala pemprosesan dan pemeriksaan ke atas tanah yang dipohon.

Saya mencadangkan jika kerajaan Negeri Pahang serius dalam menyelesaikan kesuma kes yang ada dalam tempoh masa yang sesuai, pengambilan bilangan staf yang sesuai amatlah diperlukan bagi melangsaikan segala backlog dan kes-kes berterusan mendatang.

Dato’ Muhammad Ubaidullah juga telah saya tanya dalam kapasitinya sebagai Pegawai Daerah Kuantan mengenai peggunaan balairaya-balairaya di Kuantan.

Saya telah memaklumkan bahawa permohonan rakyat untuk bertemu saya di sebuah Balairaya di Cherok Paloh telah ditolak oleh Penghulu di tempat berkenaan.

Saya telah memberi pandangan kepada beliau bahawa di mana hal ehwal dan kebajikan rakyat terlibat sewajarnya pihak-pihak yang berkuasa yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat membenarkan rakyat jelata mendapatkannya tanpa mengira sebarang perbezaan dan mengalami sebarang bentuk diskriminasi.

Dato’ Muhammad Ubaidullah telah memberi respon bahawa semua balairaya boleh digunakan oleh mana-mana Ahli Parlimen untuk tujuan kepentingan rakyat.

Saya berharap bahawa pemegang-pemegang amanah dalam kerajaan menghayati bahawa Pakatan Rakyat tidak akan selama-lamanya menjadi pembangkang.

Dan bila Pakatan Rakyat memerintah, ia akan memegang prinsip bahawa setiap warganegara Malaysia adalah rakyat yang perlu dibantu, diberi kemudahan dan dilayan sama rata!

Fuziah Salleh

18 Jun 2008

.

About these ads

June 18, 2008 - Posted by | Politics

8 Comments »

  1. takkan blog yang entah hapa-hapa dan baru ni dah hit lebih 100 k……nak menipu pun berpadalah sikit

    Comment by ARSHAD KHAN | June 18, 2008

  2. Blog Stat boleh diaudit dengan mudah.
    Jika ARSHAD KHAN beminat untuk berbuat demikian untuk sebarang sebab dan tujuan, boleh sahaja.
    Cuma blogmaster perlu bersama ARSHAD KHAN ketika proses itu berlangsung.
    Dalam situasi di mana kompentensi IT diarahkan kepada mengaburi mata orang lain juga ada cara mengauditnya.
    I guess, always…honesty is the best policy.

    Comment by Rozaini | June 19, 2008

  3. Wajar disedari bahawa kesemua blog perwakilan ADUN dan PARLIMEN PR (belum melayari ADUN PARLIMEN BN) menjadi antara akses pendidikan untuk diaktif kreatifkan minda warga jika yang ingin dilentur adalah emosi tidak sekadar kebebasan berasasi seandainya nilai demokrasi dihayati.
    Bagaimanakah ‘idemokrasikan’ hak-hak Allah di dalam hak-hak manusia bermasyarakat?
    Realiti pengauditan undang-undang bagaimanakah menjadi ciri demokrasi berprinsip untuk melahirkan sifat politik yang syumul adil dan benar andai pemilikan tanah di lokasi yang upaya ditingkatkan nilai harganya dipermudahkan proses pemilikan tetapi keadaan adalah di sebaliknya jika tanah berada di luar pembangunan.
    Bagaimanakah di bezakan makna Tanah Simpanan Melayu dengan tanah terbiar andai mahu dibangunkan penempatan-penempatan baru?
    Apabila tanah ada pungutan cukai bagaimanakah nilai premiumnya ditaksirkan mengikut harga semasa pasaran kerana itu pemilikan geran tanah adalah penting untuk distuktur dengan jujur keluasan dan sempadannya.

    Comment by teeja | June 20, 2008

  4. Assalamualaikum Puan,

    Terlebih dahulu saya perkenalkan saya Adi Ramli, Moderator untuk http://www.pkummah.com . Laman web ini adalah untuk Komuniti Kebajikan Rakyat yang baru dilancarkan yang bertujuan untuk Bersama bersatu Membela hak-hak ekonomi dan menyertai peluang-peluang meningkatkan ekonomi untuk semua komuniti.

    Sehubungan dengan Pelancaran KKR ini, kami juga ada wakil-wakil seluruh negara berdasarkan kepada pecahan kawasan parlimen dan adun.

    Salah satu program yang telah dilancarkan keseluruh negara ialah Program Kebajikan Ummah yang mana terdapatnya sekumpulan jutawan telah bersatu dan bersetuju untuk menyalurkan sumbangan berbentuk elaun sara hidup kepada semua rakyat Malaysia yang yang berstatus Bumiputera dan Islam.

    Mohon jasa baik tuan untuk dapat bersama dalam Program ini dan letakkan link http://www.pkummah.com dalam laman web tuan dan sebagai timbal balik saya akan letakkan link laman web tuan dalam web kami.

    Maklumat lanjut boleh tuan berhubung dengan saya di talian 016-2339234.

    Semoga kerjasama dan perhatian tuan di rahmati Allah S.W.T.

    Sekian terima kasih.

    Adi Ramli

    http://www.pkummah.com

    Comment by Adi Ramli | June 20, 2008

  5. haha dasar M.E.L.A.Y.U..psl blog stats 100k pun nak dengki haha
    pastu keluar front page paper seronok sgt dpt rebat kah kah kah

    insaflah.

    Comment by mrgo | June 21, 2008

  6. haha dasar M.E.L.A.Y.U..psl blog stats 100k pun nak dengki haha
    pastu keluar front page paper seronok sgt dpt rebat kah kah kah

    insaflah.

    Comment by mrgo | June 21, 2008

  7. haha adakan Pakatan Rakyat ni dah susah sangat cari isu masalah diorang ke? kalau dulu isu babi, sekarang ni isu 100k pengunjung web? kata menipu? si mamat yang post comment, tak nak report kat BPR ke?
    hahaha lawak seh. korang ni takde kerja lain ke selain mengkritik? kalau tangan tu gatal sangat, takleh tahan gak nak type comment, ikat ngan tali tu!

    Comment by Dennis AMK Kuantan | June 21, 2008

  8. Kalau nak menipu, belajar dengan orang kumpulan Utusan dan yang seaktu dengannya. Orang Utusan dan penerbitannya pakar dalam bab tipu menipu ni… Kalau tak percaya tanyalah Arshad Khan tu sendiri!….

    Comment by Putera_Semantan | June 25, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: