Kunjung hormat ke Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan
Saya telah berkunjung hormat ke Pejabat Tanah Kuantan bertemu Dato’ Hj Muhammad Ubaidullah, Pegawai Daerah Kuantan.
Kami telah berbincang mengenai beberapa perkara yang menyentuh permasalahan rakyat dan kebajikan mereka khususnya dalam hal berkaitan permohonan pemilikan tanah, prosedur dan SOP mengenai urusan-urusan dengan pelanggan Pejabat Tanah.

Gambar saya bersama Dato’ Muhammad Ubaidullah di pejabat beliau di Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan
Tinjauan mengenai status backlog kes-kes di Pejabat Tanah (PT) mencecah bilangan 9000 dan saban bulan bertambah sebanyak 200 kes baru.
PT hanya mampu menyelesaikan sebanyak 50 hingga 60 kes sebulan saja. Itu bermakna bahawa rakyat akan mengalami pelbagai bentuk kesulitan dalam cita-cita memiliki sebidang tanah untuk tujuan penempatan, perladangan, penternakan dan lain-lain keperluan bagi masa depan mereka dan waris mereka.
Penangguhan penyelesaian kes-kes berkaitan tanah tentunya akan menyusahkan perancangan masa depan rakyat yang terpaksa menunggu bertahun-tahun, bahkan bertahun-tahun dalam mendapat maklum balas dan kelulusan mengenai permohonan mereka di PT.
Masih belum berlaku suatu delivery system yang boleh dibanggakan di PT Kuantan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, keaadaan tersebut adalah lumrah di mana-mana PT di Malaysia.
Buat masa ini, kelulusan kebanyakan permohonan perlu melalui PT, Pejabat Tanah dan Galian dan EXCO Negeri. Ia memakan masa yang begitu lama. Ada cadangan bahawa undang-undang Kanun Tanah Negara dipinda bagi mengurangkan red tape dan birokrasi bagi mempercepatkan segala pemprosesan dan pemeriksaan ke atas tanah yang dipohon.
Saya mencadangkan jika kerajaan Negeri Pahang serius dalam menyelesaikan kesuma kes yang ada dalam tempoh masa yang sesuai, pengambilan bilangan staf yang sesuai amatlah diperlukan bagi melangsaikan segala backlog dan kes-kes berterusan mendatang.
Dato’ Muhammad Ubaidullah juga telah saya tanya dalam kapasitinya sebagai Pegawai Daerah Kuantan mengenai peggunaan balairaya-balairaya di Kuantan.
Saya telah memaklumkan bahawa permohonan rakyat untuk bertemu saya di sebuah Balairaya di Cherok Paloh telah ditolak oleh Penghulu di tempat berkenaan.
Saya telah memberi pandangan kepada beliau bahawa di mana hal ehwal dan kebajikan rakyat terlibat sewajarnya pihak-pihak yang berkuasa yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat membenarkan rakyat jelata mendapatkannya tanpa mengira sebarang perbezaan dan mengalami sebarang bentuk diskriminasi.
Dato’ Muhammad Ubaidullah telah memberi respon bahawa semua balairaya boleh digunakan oleh mana-mana Ahli Parlimen untuk tujuan kepentingan rakyat.
Saya berharap bahawa pemegang-pemegang amanah dalam kerajaan menghayati bahawa Pakatan Rakyat tidak akan selama-lamanya menjadi pembangkang.
Dan bila Pakatan Rakyat memerintah, ia akan memegang prinsip bahawa setiap warganegara Malaysia adalah rakyat yang perlu dibantu, diberi kemudahan dan dilayan sama rata!
Fuziah Salleh
18 Jun 2008
.
June 18, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Kuantan, Malaysia Baru, Malaysian Politics, Pakatan Rakyat, Politics, Politik Baru | | 8 Comments
Acknowledgement
Thank you for the acknowledgement given to photographs and posts taken from this blogWinston Churchill
We make a living by what we get, we make a life by what we give.Quote of The Day
God upholds the just state even if it is unbelieving, but does not uphold the unjust state even if it is Muslim.- Ibn Taimiya
Kempen Selamatkan Generasi Masa Depan
Anda rakyat prihatin? Hentikan pemprosesan 'rare earth' di Kunatan sebelum terlambat. Hubungi kami di: kuantan_citizens@hotmail.com http://sisaradioaktif.blogspot.com-
Recent Posts
- BAHAS BAGET 2010
- BLOG Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan
- Pesanan Seorang Pemimpin dari Jauh untuk terus berkhidmat
- EID MUBARAK…. Taqabalallahu Minna Wa Minkum
- Program Jejak Fakir Parlimen Kuantan 5-13 Sept 2009
- Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!
- Elok lah sekiranya Jeff Ooi dah tarik balik kenyataan beliau
- KINI KILANG LYNAS DI GEBENG AKAN KEMBALI BEROPERASI
- Kes Kem PLKN Cini
Kalender 2009
Ingin berkongsi sesuatu dengan Fuziah?
newpolitics06@yahoo.com
Carian Kategori
-
Blog Stats
- 300,227 hits
Hubungi Kami:
Pusat Khidmat Parlimen Kuantan A137, Tingkat 1, Jalan Beserah 25300 Kuantan, Pahang +6095137970 +60192602838 pusatkhidmatkeadilan@yahoo.com .
Malaysian politicsBlogroll
- AIC
- Angkatan Muda KeADILan
- Angkatan Muda Selangor
- Anwar Ibrahim 3.0
- Azmin Ali
- BERSIH
- Cheah Kah Peng
- DUN IJOK N11
- Education in Malaysia
- Elizabeth Wong
- Faisal Mustaffa
- Fathi Aris Omar
- Harakahdaily
- Justice for All Malaysia
- KeADILan Sri Gading
- Ketua Perusuh
- Konvensyen Rakyat anjuran BERSIH
- Lee Boon Chye
- Malaysia Today
- Malaysiakini
- Merdeka Center
- Nik Nazmi
- Parlimen Ampang
- Parti Keadilan Rakyat
- Rodziah Ismail Ticker's Blog
- Selangor Kini
- Shamsul Iskandar
- Sim Tze Tsin
- Suara Anak Muda
- Suara Keadilan Online
- Syed Shahir
- Team Pencerahan AMK::2007
- The Face of New Politics (English version)
- Tian Chua
- Wanita KeADILan
- Wanita PKR Perak
- Zuraida Kamarudin
Malaysiakini.com- SPR minta nasihat peguam negaraSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu meminta nasihat peguam negara memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
- S'gor rugi RM136.4 juta di Bukit BotakSelangor dijangka menanggung kerugian lagi RM136.4 juta jika projek penempatan semula setinggan di Selayang - yang bermasalah sejak 1986 - diteruskan, kata menteri besar.Salhan K Ahmad
- PKPIM: Jais patut benar penceramah WahabiPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata jika selepas diberi tauliah, ada aduan terhadap mereka, maka ia boleh ditarik balik.Jimadie Shah Othman
- SPR minta nasihat peguam negara
Suara Keadilan Online- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009KUALA LUMPUR,16 MEI (SK) - Kira-kira 1400 para peguam dari Majlis Peguam mendesak agar Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri Hishamudin Tun Hussein meletakan jawatan. Desakan berkenaan dibuat dalam satu deklarasi ketika mesyuarat agung luar biasa yang diadakan oleh Majlis Peguam semalam setelah polis bertindak menahan kira-kira lima peguam […]
- Mahu Pengesahan Warga Negara, Promoter Cari Ibu Hilang May 15, 2009oleh: Rusnizam Mahat KUALA LUMPUR, 15 MEI (SK) - Seorang promoter jualan, Yong Yai Ling meminta bantuan orang ramai mencari ibunya yang hilang bagi mendapatkan maklumat mengenai kelahirannya, seterusnya mendapatkan status sebagai warganegara tetap. Yong Yai Ling, 24 datang ke pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tengahari tadi bagi meminta bantua […]
- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009
