Di Medan Pelancongan, & Peramu di Kuantan
Medan Pelancongan di Kuantan akan dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta tidak lama lagi. Para peniaga yang menjalankan usaha perniagaan mereka selama berpuluh tahun (sebahagian mereka menjangkau tiga generasi) di situ telah diarah untuk berpindah ke lima kawasan lain yang dikhaskan untuk mereka yang terlibat – di antaranya termasuk kawasan berhampiran Mydin, Mahkota Square dan kawasan berhampiran OCBC. Mereka dikehendaki berpindah selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2008.
Menurut para peniaga yang saya temui, pihak MPK telah mengadakan satu majlis dialog pada 15hb Mei 2008 lalu bertempat di Wisma Belia Indera Makota untuk menerangkan rancangan dan status terkini mengenai rancangan membangunkan Medan Pelancongan.

Bagi para pegerai yang berniaga di situ, perniagaan mereka itu merupakan satu-satunya punca pendapatan dalam kehidupan seharian dan masa depan mereka.
Lesen perniagaan mereka pula adalah sah sehingga sehingga 31 Disember 2008, tetapi telah diminta berpindah sebelum atau pada 31 Ogos 2008. Pihak MPK dan syarikat terbabit perlu mengambilkira status tersebut dan membenarkan para pegerai meneruskan perniagaan mereka sehingga tempoh tamat lesen perniagaan.
September juga adalah permulaan puasa dan ada di kalangan para pegerai bergantung sara hidup mereka, seperti tukang jahit, yang mendapat keuntungan baik menjelang Hari Raya Puasa.
Dalam pertemuan dengan MPK, tiada sebarang tawaran rasmi secara bertulis terhadap janji-janji yang telah diutarakan dalam dialog tersebut:
1. para pegerai dibenarkan untuk memindah perniagaan ke lima lokasi yang telah dikenalpasti.
2. fasiliti perpindahan perniagaan akan diberi kepada para pegerai untuk memunggah sekelian peralatan dan barangan perniagaan mereka.
3. tawaran untuk mendapat tapak perniagaan di terminal bas baru di Indera mahkota setelah siap dalam masa dua tahun akan datang.
Sewajarnya pihak berkuasa terlibat memikir kepentingan rakyat, para pegerai di Medan Pelancongan ini, yang sering bersusah payah saban hari dalam mencari nafkah untuk menyara kehidupan seharian mereka. Perlulah dirangka satu pelan tindakan yang mempermudah dan memberi keseriusan dalam membantu para pegerai menangani sebarang permasalahan, khususnya dalam menghadapi kemorosotan ekonomi mereka disebabkan projek pembangunan di Medan Pelancongan. Menurut para pegerai, mereka telah dimaklumkan oleh pihak MPK bahawa sebuah hotel lima bintang akan dibina disitu.
Apakah rasional, dalam perspektif kepentingan rakyat biasa seperti para pegerai di Medan Pelancongan, untuk membina satu lagi hotel lima bintang di tengah-tengah bandar Kuantan? Kenapakah tidak dibangunkan hotel-hotel sedemikian di tempat-tempat lain yang sesuai dan memberi keutamaan kepada pembangunan yang boleh membina, dan mengembang keusahawanan para pegerai seperti di Medan Pelancongan? Siapakah sebenarnya yang mendapat keuntungan lumayan dalam strategi pembangunan di Medan Pelancongan ini?
Bayangkan kesusahan rakyat para pegerai Meda Pelancongan yang akan hilang dan tidak menentu punca pendapatan mereka selapas Ogos 2008 ini. Perpindahan ke kawasan lain belum tentu boleh menjamin pendapatan perniagaan seperti sekarang. Bahkan gerai-gerai sementara yang akan dibina untuk mereka belum tentu menjamin keselamatan barang-barang perniagaan mereka seperti yang diadukan oleh seorang peniaga. Biasanya gerai yang dibina spontan banyak kekurangannya dan tidak mengambilkira keselesaan untuk berniaga dan mengabaikan aspek-aspek keselamatan yang perlu.
Saya kesal dengan pendekatan MPK tanpa rancangan jitu peralihan tapak perniagaan dan jangka panjang yang boleh membantu para peniaga di Medan Pelancongan ini.
PERAMU:
Bertemu penghuni rumah kos rendah yang mengadu bahawa belum ada geran rumah yang telah mereka selesaikan pembayaran sebanyak RM25000. Mereka telah menghuni rumah di Peramu selama lebih 25 tahun.
June 15, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Politics, Politik Baru | | 2 Comments
Acknowledgement
Thank you for the acknowledgement given to photographs and posts taken from this blogWinston Churchill
We make a living by what we get, we make a life by what we give.Quote of The Day
God upholds the just state even if it is unbelieving, but does not uphold the unjust state even if it is Muslim.- Ibn Taimiya
Kempen Selamatkan Generasi Masa Depan
Anda rakyat prihatin? Hentikan pemprosesan 'rare earth' di Kunatan sebelum terlambat. Hubungi kami di: kuantan_citizens@hotmail.com http://sisaradioaktif.blogspot.com-
Recent Posts
- BAHAS BAGET 2010
- BLOG Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan
- Pesanan Seorang Pemimpin dari Jauh untuk terus berkhidmat
- EID MUBARAK…. Taqabalallahu Minna Wa Minkum
- Program Jejak Fakir Parlimen Kuantan 5-13 Sept 2009
- Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!
- Elok lah sekiranya Jeff Ooi dah tarik balik kenyataan beliau
- KINI KILANG LYNAS DI GEBENG AKAN KEMBALI BEROPERASI
- Kes Kem PLKN Cini
Kalender 2009
Ingin berkongsi sesuatu dengan Fuziah?
newpolitics06@yahoo.com
Carian Kategori
-
Blog Stats
- 301,102 hits
Hubungi Kami:
Pusat Khidmat Parlimen Kuantan A137, Tingkat 1, Jalan Beserah 25300 Kuantan, Pahang +6095137970 +60192602838 pusatkhidmatkeadilan@yahoo.com .
Malaysian politicsBlogroll
- AIC
- Angkatan Muda KeADILan
- Angkatan Muda Selangor
- Anwar Ibrahim 3.0
- Azmin Ali
- BERSIH
- Cheah Kah Peng
- DUN IJOK N11
- Education in Malaysia
- Elizabeth Wong
- Faisal Mustaffa
- Fathi Aris Omar
- Harakahdaily
- Justice for All Malaysia
- KeADILan Sri Gading
- Ketua Perusuh
- Konvensyen Rakyat anjuran BERSIH
- Lee Boon Chye
- Malaysia Today
- Malaysiakini
- Merdeka Center
- Nik Nazmi
- Parlimen Ampang
- Parti Keadilan Rakyat
- Rodziah Ismail Ticker's Blog
- Selangor Kini
- Shamsul Iskandar
- Sim Tze Tsin
- Suara Anak Muda
- Suara Keadilan Online
- Syed Shahir
- Team Pencerahan AMK::2007
- The Face of New Politics (English version)
- Tian Chua
- Wanita KeADILan
- Wanita PKR Perak
- Zuraida Kamarudin
Malaysiakini.com- 'Kami takkan berjaya tanpa sokongan anda semua' November 28, 2009Pengasas bersama - Steven Gan dan Premesh Chandran - malam ini mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan Malaysiakini di atas sokongan mereka yang membolehkan portal berita tersebut, 'bebas dari...
- Penyokong Liow sedia letak jawatan, desak pemilihan parti November 28, 2009Anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA yang menyokong naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai berikrar untuk meletak jawatan bagi mendesak supaya pemilihan baru pucuk pimpinan parti itu diadakan.Bercakap...
- Lebih 1,000 hadiri taklimat Liow November 28, 2009Lebih 1,000 menghadiri sesi taklimat oleh naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai di Dewan Lee San Choon, Wisma MCA di Jalan Ampang Pagi ini.Tema taklimat tersebut adalah '1128, satu permulaan...
- 'Kami takkan berjaya tanpa sokongan anda semua' November 28, 2009
Suara Keadilan Online- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009KUALA LUMPUR,16 MEI (SK) - Kira-kira 1400 para peguam dari Majlis Peguam mendesak agar Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri Hishamudin Tun Hussein meletakan jawatan. Desakan berkenaan dibuat dalam satu deklarasi ketika mesyuarat agung luar biasa yang diadakan oleh Majlis Peguam semalam setelah polis bertindak menahan kira-kira lima peguam […]
- Mahu Pengesahan Warga Negara, Promoter Cari Ibu Hilang May 15, 2009oleh: Rusnizam Mahat KUALA LUMPUR, 15 MEI (SK) - Seorang promoter jualan, Yong Yai Ling meminta bantuan orang ramai mencari ibunya yang hilang bagi mendapatkan maklumat mengenai kelahirannya, seterusnya mendapatkan status sebagai warganegara tetap. Yong Yai Ling, 24 datang ke pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tengahari tadi bagi meminta bantua […]
- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009







