Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kenaikan Harga Minyak Menyiksa Rakyat

CETUSAN MINDA
Kenaikan Harga Minyak Menyiksa Rakyat
6 Jun 2008
Saban waktu, semakin banyak panggilan telefon dan email yang saya terima berkenaan kenaikan harga minyak ini.
Yang paling saya terharu ialah apabila ada rakyat Kuantan berkata yang mereka ‘termangu’ macam orang bodoh, tak tahu nak buat apa, sebab kenaikan harga minyak ini memang akan meninggalkan kesan mendalam di dalam banyak aspek kehidupan orang ramai. Ada juga yang berkata sudah takut keluar malam kerana kadar jenayah dianggarkan akan meningkat dek kerana kesempitan hidup yang akan dilalui dengan kenaikan harga minyak dan seterusnya kenaikan harga barang nanti.
Sebenarnya, walaupun harga minyak sedunia naik, harga minyak dalam negara ini masih boleh dikawal. Ianya boleh dilakukan sekiranya ada pemikiran yang mendahulukan kepentingan rakyat dipihak kerajaan pemerintah .
Di antara perkara yang ingin saya tegaskan.:-
1. Negara kita adalah pengeksport minyak di mana kualiti minyak yang kita eksport adalah berkualiti tinggi, dan negara kita membuat keuntungan dari penjualan minyak yang mahal harganya di peringkat dunia kini. Kita import pula minyak yang kurang kualiti untuk kegunaan seharian rakyat Malaysia. Tentu sekali keuntungan melebihi dari aktiviti eksport kita, berbanding dengan nilai import minyak kita.
2. Sebahagian dari duit keuntungan Petronas (80 billion tahun lepas) boleh digunakan untuk menampung kos harga minyak yang dijual kepada rakyat. Jangan banding dengan Singapura. Tindakan Kerajaan membanding dengan Singapura sengaja menyelewengkan pemikiran rakyat, kerana Singapura bukan negara pengeksport minyak. Mereka hanya import, dan sebab itu mereka terpaksa terima bulat-bulat kenaikan harga minyak sedunia.
2. Kerajaan juga boleh menggunakan cara ‘tiered subsidy‘ mengikut keperluan rakyat. Maksudnya yang guna sedikit dapat harga murah, dan harga meningkat apabila lebih banyak digunakan. Boleh diletakkan meter khas pada pam-pam minyak yang dapat digunakan untuk ‘monitor‘ kegunaan seseorang pengguna, dan adjust mengikut tier Dengan cara ini setiap rakyat akan dapat subsidi di waktu dia membeli. Sekarang ini subsidi tidak bermakna kerana rakyat kena keluarkan duit beli minyak. Kemudian bila perbaharui cukai jalan baru dapat rebate. Masa nak beli minyak untuk kegunaan harian itulah yang paling susah.
3. Kerajaan juga boleh menambah baikan sistem pengangkutan awam. Di Kuantan contohnya sistem pengangkutan awam kita terlalu menyedihkan. Negara barat seperti UK dan EU, harga minyak juga mahal akan tetapi rakyat tidak merungut kerana lebih ramai yang menggunakan kemudahan awam dari kenderaan sendiri. Kemudahan pengangkutan awam ditahap excellent disana. Maka peritnya harga minyak naik tidak terasa.
Pakatan Rakyat setakat ini hanya boleh bercakap kerana kita belum lagi dalam keadaan di mana kita dapat melaksanakan dasar-dasar kita di peringkat Federal.
Hari ini rakyat tertipu lagi. Kami hanya akan dapat membuktikan segala yang dikata apabila Kerajaan Pusat diurus tadbir oleh Pakatan Rakyat. Selagi rakyat tidak beri kami peluang, selagi itu rakyat akan terus begini. Saya kira dalam keadaan macam mana pun, rakyat tidak rugi apa-apa dengan memberi kami peluang dalam Pilihanraya akan datang. It’s bad enough as it is. I cannot imagine, anything worse than this….
Let us compare Malaysian oil price with OIL PRODUCING countries:

UAE – RM1.19/litre
Eygpt – RM1.03/litre
Bahrain – RM0.87/litre
Qatar – RM0.68/litre
Kuwait – RM0.67/litre
Saudi Arabia – RM0.38/litre
Iran – RM0.35/litre
Nigeria – RM0.32/litre
Turkmenistan – RM0.25/litre
Venezuela – RM0.16/litre
MALAYSIA – RM2.70/litre

June 6, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 26 Comments

Kenyataan Media: PAHANG harus belajar dari Perak dalam hal Kepentingan Orang Asli

Kuantan, 6 Jun: Setinggi-tinggi tahniah diucapkan diatas usaha kerajaan negeri Perak untuk memberi geran tanah kepada 48 ribu Arang Asli di negeri Perak. Usaha ini wajar dicontohi khususnya oleh kerajaan negeri Pahang di mana terdapatnya lebih 50 peratus Orang Asli di Malaysia.

Setelah lebih 50 tahun, Orang Asli di Malaysia dinafikan pemilikan tanah untuk penempatan dan pertanian/perladangan secara sah di sisi undang-undang. Selama ini, kerajaan Barisan Nasional telah dengan sewenang-wenangnya mengambil hak “tanah adat” orang asli di atas nama pembangunan dan mengksploitasi mereka di atas kepentingan ekonomi segelintir elit dengan peladangan kelapa sawit dan getah yang berjumlah puluhan ribu ekar.

Pada realitinya, Orang Asli adalah golongan rakyat Malaysia yang tertinggal jauh di belakang berbanding golongan lain dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan, dan politik. Walaupun mereka menyuarakan kehendak mereka, namun, suara mereka tidak kedengaran. Kerajaan Barisan Nasional tidak melihat kepentingan membantu dan membimbing golongan Orang Asli ketahap yang lebih maju. Seharusnya golongan Orang Asli mampu mencapai tahap ekonomi yang dinikmati oleh kaum lain di Malaysia kini.

Justeru, kesungguhan dalam membela nasib dan kehidupan Orang Asli di Malaysia adalah tanggungjawab yang dituntut daripada pemerintah. Tanggungjawab ini perlu dipenuhi Kerajaan seperti tanggungjawab kepada golongan-golongan lain di negara ini. Kerajaan negeri Pahang sewajarnya segera mengambil inisiatif seperti yang telah didahului oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Hajah Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

6 Jun 2008

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kenyataan media di atas, sila hubungi: Puan Rozaini binti Mohd Rosli, 019-8502757 email: rozainiebbm@yahoo

June 6, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Economy, Ekonomi, Hak Asasi, Human Rights, Isu Sosial, Kenyataan Media, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Pahang, Pakatan Rakyat, Politics, Politik Baru | | 4 Comments