MPK mesti sentiasa profesional dan empowered
Saya telah mengemukakan soalan(1) untuk jawapan lisan pada hari ini, Selasa 13 Mei 2008.
Oleh kerana kesuntukan masa bagi jawapan lisan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberi jawapan secara bertulis seperti berikut:
”Tuan Yang DiPertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap kemudahan awam di bawah penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah terbuka untuk kegunaan semua pihak dan ini termasuk kepada Ahli Parlimen. Ia sejajar dengan hasrat Kerajaan supaya setiap kemudahan yang telah disediakan dapat digunakan secara optima untuk faedah rakyat. Ahli Parlimen boleh memohon kepada PBT yang berkenaan untuk menggunakan kemudahan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya pengunaan kemudahan awam tersebut adalah bagi tujuan perjumpaan ataupun perhimpunan yang melibatkan aktiviti penyampaian ceramah, maka pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu dihubungi bagi menentukan sama ada permit perlu dipeolehi ataupun tidak.
Kementerian Perumahan
Dan kerajaan Tempatan
Mei 2008”
Dengan itu, penolakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tanpa sebab bagi permohonan untuk menggunakan Padang Seri Kemunting pada 22 Mac 2008 dan 10 Mei 2008 permohonan untuk menggunakan kawasan lapang letak kereta di Taman Kerang, Jalan Mahkota, Kuantan adalah melanggar prinsip-prinsip penggunaan kemudahan awam yang diutarakan oleh Menteri berkenaan.
Ia mempamerkan bahawa MPK telah bersikap tidak profesional. Juga dikhuatiri kewujudan tangan-tangan yang tersembunyi dalam mengendalikan urusan yang berkaitan pihak Pakatan Rakyat.
Pentadbiran yang dikawal oleh tangan-tangan yang tersembunyi tentu sekali akan hilang wibawanya sebagai institusi yang memberi khidmat kepada rakyat jelata.
Demi kemaslahatan rakyat dan demi menghormati prinsip-prinsip demokrasi, saya mengajak MPK untuk kembali ke landasan yang betul dalam urus tadbir Kuantan.Juga supaya MPK dapat memberdayakan diri (empowered) serta bertindak bebas tanpa prejudis dalam memberi khdmat kepada rakyat mahupun wakil rakyat di masa hadapan.
Hajah Fuziah Salleh
Ahli Parlimen
Kuantan
13 Mei 2008
————————————————————————————-
(1) YB Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada seorang Ahli Parlimen boleh menggunakan kemudahan awam seperti dewan dan padang (di bawah penyelenggaraan PBT) untuk kegunaan bertemu rakyat.
May 13, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Kenyataan Media, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Politics, Politik Baru, Press Statements | | 4 Comments
Anwar Ibrahim: Press Statement
Press Statement – Royal Commission Report, May 12, 2008
We welcome the submission of the report of the Royal Commission on the Lingam video clip to the Yang DiPertuan Agong. We call for its full ventilation to the Malaysian public. If Prime Minister Abdullah Badawi is serious about judicial reform, then he should take this report to its logical culmination which is the investigation and prosecution of those who the report deems to have deviated the course of justice.
We have to ask what the import of the Royal Commission’s findings are with respect to the unjust prosecutions and convictions in cases that fell within the gravitational field of the inquiry conducted by this Commission.
It is critical that adequate measures be taken to restore the independence of the judiciary and to ensure the professional and unbiased investigation and prosecution of criminal activity by the Attorney General’s chambers that is free of executive interference.
This would involve serious consideration of the inconsistence and dubious procedures being followed by the authorities right now in the investigation of cases that involve senior government officials and, to mention a few of the more egregious allegations, murder and the massive misappropriation of public fund.
These issues are of deep concern to the Malaysian people and should not be taken lightly by the present administration. A half-hearted attempt at restoration would be as unsatisfactory as no restoration at all.
ANWAR IBRAHIM
Kenyataan Media
Kami mengalu-alukan penyerahan Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai video klip Lingam kepada Yang Di-Pertuan Agong dan meminta laporan itu segara didedahkan kepada umum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhasrat melaksana reformasi badan kehakiman, seperti mana yang beliau umumkan sebelum ini, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dapat dilaksanakan.
Kami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidak adilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu dibawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut.
Amat mendesak sekali untuk kerajaan mengambil tindakan wajar mengembalikan keyakinan terhadap badan kehakiman serta memastikan agar penyiasatan dan pendakwaan salah laku jenayah oleh Jabatan Peguam Negara yang bebas dari gangguan pemerintah.
Ini pastinya melibatkan beberapa percanggahan dan kaedah yang dipertikai yang sewajarnya dipatuhi oleh pihak berwajib dalam penyiasatan kes yang melibatkan pimpinan kanan kerajaan termasuk kes-kes yang tercela seperti pembunuhan dan yang melibatkan dana yang besar.
Rakyat Malaysia prihatin tentang permasalahan tersebut dan justeru itu tidak harus diremehkan oleh pemerintahan sekarang. Sebarang tindakan yang dianggap tidak bersungguh-sungguh bagi memulihkan kewibawaan badan kehakiman pasti nya tidak akan berhasil.
ANWAR IBRAHIM
May 13, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Anwar, Judicial, Kehakiman, Kenyataan Media, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Pakatan Rakyat, Politics, Politik Baru | | 6 Comments
Dari Parlimen hari ini(3)
Soalan-soalan jawap lisan hari ini telah diubah dari yang asalnya.
Klik : http://www.parlimen.gov.my/
Kemudian pergi ke: Parlimen-Dewan Rakyat-Aturan Urusan Mesyuarat. Dan klik.
Soalan saya ialah nombor 22.
Setiap hari Aturan Mesyuarat akan memaparkan urusan di Dewan Rakyat untuk hari yang berkenaan.
Kebiasaannya hanya sepuluh soalan pertama yang sempat dijawap oleh Para Menteri.
Soalan-soalan yang tidak sempat dijawap lisan akan di jawap secara bertulis.
May 13, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Parliament, Parlimen, Politics, Politik Baru | | 1 Comment
Acknowledgement
Thank you for the acknowledgement given to photographs and posts taken from this blogWinston Churchill
We make a living by what we get, we make a life by what we give.Quote of The Day
God upholds the just state even if it is unbelieving, but does not uphold the unjust state even if it is Muslim.- Ibn Taimiya
Kempen Selamatkan Generasi Masa Depan
Anda rakyat prihatin? Hentikan pemprosesan 'rare earth' di Kunatan sebelum terlambat. Hubungi kami di: kuantan_citizens@hotmail.com http://sisaradioaktif.blogspot.com-
Recent Posts
- BAHAS BAGET 2010
- BLOG Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan
- Pesanan Seorang Pemimpin dari Jauh untuk terus berkhidmat
- EID MUBARAK…. Taqabalallahu Minna Wa Minkum
- Program Jejak Fakir Parlimen Kuantan 5-13 Sept 2009
- Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!
- Elok lah sekiranya Jeff Ooi dah tarik balik kenyataan beliau
- KINI KILANG LYNAS DI GEBENG AKAN KEMBALI BEROPERASI
- Kes Kem PLKN Cini
Kalender 2009
Ingin berkongsi sesuatu dengan Fuziah?
newpolitics06@yahoo.com
Carian Kategori
-
Blog Stats
- 299,797 hits
Hubungi Kami:
Pusat Khidmat Parlimen Kuantan A137, Tingkat 1, Jalan Beserah 25300 Kuantan, Pahang +6095137970 +60192602838 pusatkhidmatkeadilan@yahoo.com .
Malaysian politicsBlogroll
- AIC
- Angkatan Muda KeADILan
- Angkatan Muda Selangor
- Anwar Ibrahim 3.0
- Azmin Ali
- BERSIH
- Cheah Kah Peng
- DUN IJOK N11
- Education in Malaysia
- Elizabeth Wong
- Faisal Mustaffa
- Fathi Aris Omar
- Harakahdaily
- Justice for All Malaysia
- KeADILan Sri Gading
- Ketua Perusuh
- Konvensyen Rakyat anjuran BERSIH
- Lee Boon Chye
- Malaysia Today
- Malaysiakini
- Merdeka Center
- Nik Nazmi
- Parlimen Ampang
- Parti Keadilan Rakyat
- Rodziah Ismail Ticker's Blog
- Selangor Kini
- Shamsul Iskandar
- Sim Tze Tsin
- Suara Anak Muda
- Suara Keadilan Online
- Syed Shahir
- Team Pencerahan AMK::2007
- The Face of New Politics (English version)
- Tian Chua
- Wanita KeADILan
- Wanita PKR Perak
- Zuraida Kamarudin
Malaysiakini.com- Kes Norza: Saksi dakwa didera pegawai SPRMSaksi perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Norza Zakaria memberitahu mahkamah dia terdorong memberi keterangan palsu kepada pegawai SPRM kerana trauma akibat didera semasa soal siasat.
- Asri dijangka didakwa Jumaat iniBekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur Jumaat ini kerana memberi ceramah tanpa tauliah, kata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini.Rahmah Ghazali
- Exco pertahan Jais tahan Dr AsriExco hal-ehwal Islam Selangor mempertahankan prosedur pentauliahan kepada penceramah agama di negeri itu kerana ia dapat memastikan latar belakangnya dan mengelak ajaran sesat.Salhan K Ahmad
- Kes Norza: Saksi dakwa didera pegawai SPRM
Suara Keadilan Online- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009KUALA LUMPUR,16 MEI (SK) - Kira-kira 1400 para peguam dari Majlis Peguam mendesak agar Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri Hishamudin Tun Hussein meletakan jawatan. Desakan berkenaan dibuat dalam satu deklarasi ketika mesyuarat agung luar biasa yang diadakan oleh Majlis Peguam semalam setelah polis bertindak menahan kira-kira lima peguam […]
- Mahu Pengesahan Warga Negara, Promoter Cari Ibu Hilang May 15, 2009oleh: Rusnizam Mahat KUALA LUMPUR, 15 MEI (SK) - Seorang promoter jualan, Yong Yai Ling meminta bantuan orang ramai mencari ibunya yang hilang bagi mendapatkan maklumat mengenai kelahirannya, seterusnya mendapatkan status sebagai warganegara tetap. Yong Yai Ling, 24 datang ke pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tengahari tadi bagi meminta bantua […]
- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009
