Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

TUNTUTAN GAJI MINIMA HARUS DI DENGAR

Saya bersama Datin Seri Wan Azizah sewaktu beliau menerima Memorendum dari Presiden MTUC, Syed Shahir bin Syed Mohamud tadi.

Photobucket

MEMO itu di tujukan kepada Perdana Menteri, dimana antara isi MEMO tersebut merujuk kepada tuntutan MTUC berkenaan isu Gaji Minima yang di tuntut sebanyak RM900 sebulan dan elaun Kos Sara Hidup sebanyak RM300. Perkara ini masih belum mendapat maklum balas oleh Perdana Menteri semenjak dibawa ke perhatian beliau oleh MTUC sejak daripada 18hb Jun 2007 lagi.

Photobucket

Saya berpendapat bahawa isu ini amatlah penting memandangkan kos kehidupan yang meningkat kini. Harga barang makanan melambung tinggi sementara harga beras kini bertambah berlipat kali ganda. Semua ini menambahkan kesempitan hidup rakyat biasa. Bagaimanakah satu-satu keluarga itu mahu meneruskan kehidupan dengan selesa apabila pendapatan isi keluarga begitu rendah sekali. Bagaimanakah pula anak-anak boleh belajar dengan tenteram sekiranya mereka hidup dalam kesempitan dan keadaan rumah yang tidak selesa ?

Semua rakyat berhak untuk kehidupan selesa dengan menikmati taraf hidup yang munasabah.

Photobucket

Pihak MTUC juga menjelaskan bahawa penambahan gaji ini akan dibayar oleh pihak majikan dan bukannya oleh pihak Kerajaan.

Lagipun pihak Kerajaan juga telah melaksanakan kenaikan gaji keatas pekerja-pekerja sektor awam pada bulan Jun 2007.

Maka saya berpendirian bahawa tidak ada sebab munasabah kenapa Perdana Menteri tidak dapat memberi maklum balas dan isu gaji minima ini wajib mendapat perhatian pihak berwajib secepat mungkin.

Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat

About these ads

May 7, 2008 - Posted by | Politics

11 Comments »

  1. Saya setuju pernyataan MTUC bahawa penambahan gaji ini akan dibayar oleh pihak majikan dan bukannya oleh pihak Kerajaan.

    Namun perlu diingatkan, apabila kos buruh dinegara ini semakin meningkat, majikan sektor swasta mungkin akan beralih arah untuk beroperasi dinegara yang menawarkan kos buruh yang murah contohnya di China dan India. Ini tidak mustahil. Bayangkan rakyat Amerika order makanan segera melalui telefon ianya dijawab oleh operator di India bukannya di pejabat operasi di Amerika Syarikat! Ini cuma baru sebahagian.

    Pelabur-pelabur baru juga terutama ‘smaller businesses’ juga akan melihat kos buruh yang tinggi akan membebankan pelaburan mereka. Kerana mereka tidak melihat isu kos sara hidup kita, bagi mereka setiap dollar itu besar maknanya pada syarikat.

    Ada baiknya kita sebagai rakyat juga mengadaptasi diri dalam menangani peningkatan kos sara hidup. Mungkin kita perlu ubah cara berbelanja. Bukan sampai tak makan, tapi buang atau kurangkan pembelian perkara yang kurang perlu atau aktiviti2 yang berkaitan. Maklumlah, pada hari ini budaya berbelanja rakyat Malaysia lain macam sikit.

    Comment by Maslinah | May 7, 2008

  2. This is what i call leadership with brains. Leaders who use their brains to think for their people. Not leaders who think for themselves. Paklah has got a lot of excuses. MY FOOT LAH!

    Comment by Manusia | May 8, 2008

  3. Berdasarkan hakikat gaya hidup masa kini telah dikonsumerkan sifat dan tabiatnya sewajarnya pendapatan tenaga kerja seiring dengan kemajuan pembangunan negara.Sumbangan mereka tidak wajar dibandingkan dengan taraf perkhidmatan yang telah diberikan lantaran tidak semua perkhidmatan itu diberikan secara percuma.

    Bagaimanakah hubungan industri diseimbangkan oleh permintaan untuk dipenuhi keperluan apabila kuasa beli tidak berubah sehingga cabaran untuk membasmi kemiskinan dan kadar buta minda tidak selaras dengan peningkatan kadar pertumbuhan penduduk dalam jangkamasa tertentu masih tidak merealisasikan matlamat pencapaiannya?

    Bagaimanakah kepadatan penduduk dianggap penjana kepada kekayaan pendapatan sekiranya prinsip dan peraturan dari dasar benar-benar adil dan saksama?

    Bagaimanakah juga upaya nilai keinsanan dan manifestasi dari keimanan dihubungkaitkan dengan amanah di dalam perniagaan.
    Rakyat keseluruhannya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada PR.

    Comment by thanaif | May 8, 2008

  4. Memang ada sesetengah golongan rakyat dimalaysia boros berbelanja. Tapi saya sendiri yang telah bekerja selama 5 tahun dan anak 2 pun masih belum boleh dikatakan hidup sepenuhnya dengan gaji sendiri.Hujung bulan dapat gaji 2 minggu pertama dah habis,terpaksa ambil advance nk sampaikan hujung bulan.setipa bulan macam tu. Bayangkan gaji RM800.00 sebulan.
    Tolak potongan EPF/SOCSO RM100.00.Yuran bas sekolah anak RM 35.00 Loan motor RM 150.00,(Susu/pampers) anak kecil RM 70.00,Upah jaga anak RM300.00,keperluan barang dapur minyak kenderaan nak ketempat kerja menggunakan baki RM215.00. Saya dalam golongan rakyat yang tidak berbelanja boros dengan gaji sendiri,tapi masih tidak mencukupi dengan gaji RM800/sebulan. Saya minta agar kerajaan mengeluarkan akta iaitu dengan mewajibkan majikan mengadakan kenaikan gaji setimpal dengan kerja.

    Comment by Nor | May 8, 2008

  5. Amat amat menyedihkan bagi orang melayu kerana kebanyakan yang bekerja sebagai golongan bawahan adalah orang melayu kita.Jika kita lihat bangsa lain seperti cina,mereka jarang sekali menerima tawaran pekerjaan gaji RM1500 kebawah.Jangan kata berpuluh ribu melayu,malah sekarang ini sudah mencecah beratus ribu dan berjuta orang melayu yang bekerja di bawah paras gaji sepatutnya,apatah lagi di kala ini nilai kos sara hidup yang sedang meningkat.Bayangkan tuntutan RM900 itu sebenarnya pun tidak memadai untuk gaji bulanan bagi kos sara hidup dibandar,ditambah pula dgn segala bayaran,sewa rumah,kereta,pasar,minyak,tol,belanja anak anak menjadikan amat membebankan.
    Kita melihat pada sesuatu yang tidak kena pada hari ini,jika sesebuah syarikat dapat mengapungkan berpuluh juta nilai saham syarikat mereka di bursa saham kuala lumpur,apalah sangat bagi mereka untuk memberikan gaji minimun RM900,yang lebih menyedihkan lagi,hampir semua pekerja bawahan adalah orang melayu,jadi bila jawapan Datuk Noraini yg menyatakan waktu yg tidak sesuai,adalah tidak relevan,kerana kita sebagai melayu sudah memberikan umno yg memperjuangkan melayu masa selama lima puluh tahun,adakah masa lima puluh tahun itu masih tidak sesuai untuk menaikkan martabat orang melayu di bawah,hingga ada diantara mereka bekerja berbelas dan berpuluh tahun,tetapi gaji di bawah paras Rm1500 sedangkan bangsa lain seperti bangsa cina bermula terus pada RM1500 keatas,betapa jauhnya beza antara bumiputra melayu dengan bangsa lain.
    Jika benarlah sesuatu parti seperti umno yang menyatakan memperjuangkan melayu untuk memartabatkan melayu,sudah lama di ulang sudah lama pelbagai akta dan undang undang di cipta untuk menjadikan melayu di bawah ini tidak tertindas malah mungkin skrg ini melayu menjadi tuan punya ekonomi bukan di pegang oleh bangsa lain seperti skrg ini.Kenapa tidak umno yg meminpin pusat melalui BN,membuat satu undang undang supaya setiap tiga atau empat tahun,semua syarikat di Malaysia memajibkan untuk menaikkan pangkat dan gaji bagi orang melayu,kerana skrg ini jika 10 org dinaikkan pangkat,7 atau 8 orang dari bangsa lain hanya dua orang sahaja dari bangsa melayu.Tambah menyedihkan ada juga syarikat kepunyaan orang melayu melakukan perkara sebegitu kerana bagi mereka,mereka hanya ingin mengambil hati orang bukan melayu yang menunjukkan mereka prihatin pada masyarakat berbilang bangsa tapi dalam masa yang sama jika mereka lakukan sebegitu,lihat sahaja bukti akibat perbuatan mereka,melayu di bawah betapa ramai terjelepok kebumi,melihat mereka di pijak oleh bangsa lain,dan bangsa lain ini skrg memegang ekonomi.Apa guna bumiputra bangsa yang paling ramai,jika semuanya menjadi hamba di negara sendiri.

    Comment by Pena Pedang | May 9, 2008

  6. Amat menyedihkan, apabila melihat ramai golongan Melayu bekerja sebagai orang bawahan lantaran tiada kelayakan ikhtisas. Ya, walaupun kerajaan banyak membuka peluang pendidikan, peluang pinjaman pelajaran pada orang Melayu, masih ramai juga yang tidak mengambil peluang ini untuk melanjutkan pelajaran keperingkat tertiari.

    Kerapkali saya mendengar keluhan rakan bukan Melayu, mengadu betapa Melayu beruntung mendapat peluang sebegitu. Sedangkan mereka terpaksa berhempas pulas belajar untk merebut tempat yang siciput untuk mereka, atau mereka terpaksa ke kolej swasta dan menanggung kos belajar yang lebih tinggi. Kasihan..

    Ketika saya belajar dan bekerja separuh masa menjaga kedai (milik orang Cina) pada waktu malam, saya dikelilingi oleh anak muda Melayu yang perempuan lebih gemar bersuka ria dan bekerja dikedai atau dipasar raya, yang lelaki bangga memiliki motor mengangkut perempuan dan kerja yang paling mereka gemar ialah despatch kerana ia kerja mudah dan sesuai dengan passion mereka iaitu ‘motor’. Ya, mereka ini gajinya kurang dari RM900. Kerana apa, kerana sesuai dengan kelayakan dan ‘deskripsi pekerjaan’ mereka.

    Kalau Datuk Noraini kata waktu tidak sesuai, mungkin ada benarnya kerana disaat ini ekonomi tidak meriah. Tetapi pada pendapat saya, bukan isu waktu. Tapi banyak isu lain yang lebih penting. Iaitu ia perlu setimpal dengan KELAYAKAN. Tidak tepat juga andai ada yang mengatakan lebih banyak beban kerja, patut lebih banyak gaji.

    Ya, UMNO memang memperjuangkan martabat Melayu. Tetapi Melayu sendiri lupa dan tidak mengambil peluang yang ada. Semenjak PTPTN ada, semua orang berpeluang belajar, baik Melayu, Cina, India atau mana-mana rakyat Malaysia. Kalau univeristi tempatan penuh, ada kolej matrikulasi dan banyak politeknik dan kolej komuniti yang semuanya membuka peluang kepada orang Melayu. Tidak cukup lagi, siap ada bersepah-sepah universiti/kolej swasta yang menawarkan peluang yang sama. Atau kalau tidak suka belajar, begitu banyak kolej yang menawarkan kursus-kursus kemahiran.

    Pada tahun 2002, ramai pekerja yang diberhentikan, VSS dan graduan yang tidak dapat peluang bekerja. Ketika itu, kerajaan memperuntukkan dana bernilai jutaan ringgit melalui Perbadanan Sumber Manusia untuk golongan ini dengan mengadakan skim kursus bahasa Inggeris, diploma dan pelbagai lagi kursus kemahiran secara percuma dan diberi wang poket sebanyak RM200 sebulan selama 4 bulan. Saya sendiri memohon dan menyertai skim ini. Tetapi begitu sedikit anak Melayu yang mengambil peluang malahan mereka tidak tahu ia wujud. Mustahil! Ia diumukan ketika pembentangan belanjawan dan terpampang satu muka surat besar surat khabar tentang iklan skim ini selama beberapa hari.

    Jadi setelah 6 tahun, dimana Melayu sekarang? Saya pernah diingatkan oleh bapa saya, sebagai orang Melayu kita tidak boleh selamanya bergantung bantuan atas nama Melayu, kerana ekonomi dunia tidak statik, ia akan meningkat dan terus meningkat. Sampai satu masa, kerajaan akan mengalami kesukaran mengsubsidi harga barangan keperluan dan lain-lain. Pada ketika itu, yang akan teruk merasai tamparannya ialah orang Melayu. Jadi hanya pendidikan yang akan menjadi bekalan kita.

    Kenapa orang Melayu susah? Banyak sebab. Selain tiada pendidikan, malahan gaya hidup. Orang Melayu beranak ramai. Malah ada yang beranak kerap dimana rata-rata mereka ini adalah berpendapatan kecil. Saya sendiri lihat masyarakat disekeliling saya sebegitu. Ini bermakna, kos sara hidup keluarga itu tinggi. Bayangkan nak menanggung makan minum belajar 6 orang anak dengan pendapatan suami isteri dibawah RM2000. Itu belum kira nak hantar ke nurseri, fardhu ain, bas sekolah, maid dan sebagainya. Kemudian terpaksa pula beli kereta besar, dah terpaksa tambah belanja minyak kereta.

    Orang Cina, berbelanja ikut cara. Yang gaji kecil pekerja kerajaan anak tidak ramai dan rata-rata hanya pakai proton sahaja. Malah ada yang tak tukar kereta sampai tua hanya kerana nak maintain belanja kehidupan harian dan belanja perayaan.

    Saya kira, kalau pihak majikan dipaksa membayar RM900 paling kurang kepada pekerja bawahan yang tiada kelayakan pendidikan, sampai satu masa mereka terpaksa ‘downsizing’ syarikat mereka seterusnya memberhentikan ramai pekerja dan mengurangkan pengambilan pekerja baru. Akhirnya yang rugi siapa? Rakyat Malaysia, terutama orang Melayu. Pada ketika itu, apalah gunanya jadi Melayu dan title Bumiputera?

    Comment by Maslinah | May 10, 2008

  7. emmm..cik maslinah..berapa umur cik maslinah? kalau takat 35 tahun kebawah..awak ni masih muda lagi..belum cukup pengalaman..awak tahu sekarang ekonomi siapa yang pegang? awak ingat bangsa kita melayu ke yang pegang? awak rasa kalau sesebuah syarikat tu boleh mengaut keuntungan berpuluh juta malah boleh menyenaraikan saham mereka di bskl sampai berpuluh dan beratus juta nilainya,apa sangat rm900 gaji mininum seperti yg penapedang tulis tu,yg tu saya sokong..kelayakan pendidikan? awak tahu skrg berapa ramai melayu yg berpendidikan di sesebuah syarikat swasta,kalau tak tahu jangan main tulis je melayu tidak berpendidikan,mungkin awak hanya duduk bawah tempurung,tidak melihat apa dah jadi di seluruh malaysia,jika awak lihat iklan jawatan kosong pun skrg,kebanyakan iklan akan tulis “only for chinese required”…
    50 tahun orang melayu bagi umno memerintah,siapa melayu yang kaya?
    hanya kroni kroni umno sahaja yang kaya,lihat sikit yg dok keluar “BERSAMAMU” tu..bangsa siapa tu? bangsa melayu ler tiap minggu keluar,kalau benar umno memperjuangkan melayu,takdeler yg dok bawah jadi miskin hina,projek projek tender siapa yang belasah,umno jugak ler ngok,kroni kroni mereka sesama sendiri pun bertempur,jadi fikir fikirkanlah kenapa orang melayu skrg sanggup mengundi pakatan rakyat..apa ingat orang melayu saja saja undi pakatan rakyat.
    50 tahun umno memerintah,melayu semakin miskin,yg kaya bangsa lain,dan bangsa lain memanafaatkan 50 tahun untuk memegang ekonomi negara..mana pula umno yg dikatakan memperjuangkan bangsa melayu?
    mereka bersuka ria dengan korupsi,kronisma dan pelbagai lagi dan akhirnya kerana masing masing sudah tamak,mereka bertempur sesama sendiri didalam umno,adakah rakyat buta? rakyat nampak apa yg mereka lakukan,akhirnya rakyat bersuara,lima negeri tumbang,jadi parti macamni yg membela nasib melayu? sebenarnya bukan melayu mudah lupa,tapi melayu tidak akan lupa sampai mati sipa yg mengkhianati perjuangan melayu ni iaitu UMNO.

    Comment by adlin | May 12, 2008

  8. Senarai pemimpin Umno Selangor yang mengkhianati Melayu dengan menjual segala tanah yang diperolehi dari kerajaan kepada taukeh-taukeh Cina

    Oleh : KAKEK

    “Habis dah tanah negeri Selangor”, titah Almarhum Sultan Salahuddin, Sultan Selangor beberapa tahun lepas.

    Kekesalan ini dilafazkan oleh almarhum Sultan Selangor kerana rasa kecewa yang amat sangat terhadap sikap bekas MB Selangor ,Tan Sri Mohamad Taib yang mengagihkan tanah Negeri Selangor kepada kroninya dan konco-konco dalam Umno sesuka hati.

    Kebimbangan Almarhum Sultan rupa-rupanya tidak diendahkan oleh MB-MB Selangor selepas itu. Dato’ Abu Hasan tetap memberikan sebahagian tanah kepada kroni dan konco-konconya ketika menjawat MB Selangor.

    Lebih dahsyat sekarang ini, Khir Toyo, MB Selangor dalam masa yang sungguh singkat telah membahagi-bahagikan tanah di Selangor kepada konco-konco dan kroninya.

    Berikut disenaraikan sebahagian daripada pemimpin Umno atau kroni atau proxy mereka yang telah mendapat tanah dan dijual serta merta kepada pengusaha Cina.

    1. Proxy YB Satim telah mendapat lebih 50 ekar di Puchung dan kemudiannya dijual.

    2. Proxy YB Ahmad Bahari telah mendapat tanah di Ampang dan Gombak dan dijual

    3. Proxy bekas YB Saidin Adam dapat tanah di Sg Buluh dan dijual

    4. Proxy bekas YB Fauzi dapat tanah di Sg.Buluh dan dijual 5. Dato’ Onn Ismail dapat tanah beribu ekar di Pulau Indah atas nama koperasi dan dijual.

    6. Proxy bekas wakil rakyat, Ramli Norani dapat tanah 400 ekar di Bukit Cherakah dan dijual.

    7. Di Sabak Bernam, Jelutong Jati dapat 1000 ekar dan dijual.

    8. Proxy Jakiran Jakomah dan Aziz Md.Nor dapat tanah di Ijok dan Klang dan dijual.

    9. Proxy YB Fatah dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.

    10. Proxy YB Zakaria Samseng dapat tanah di Klang dan Shah Alam dan kemudiannya dijual

    11. Proxy YB Rahman Padil dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.

    12. Adik Mohamad Taib, Proxy Musa Taib dapat tanah dan jual. Pernah dikatakan hasil jualan tanah-tanah itu tak habis 7 keturunan.

    13. Proxy YB Zainal Sakom dapat tanah di Shah Alam

    14. Proxy bekas YB Dato’ Shukur dapat tanah di Kuala Selangor dan Bukit Cherakah dan dijual.

    15. YB Noh Omar dapat tanah di K uala Selangor sebanyak 20 ekar dan dijual.

    16. Proxy bekas YB Aziz Desa dapat tanah bersama kroni di Bukit Cherakah dan dijual. Boleh semak simpanan wang di Bank Rakyat banyak mana wang yang dipungutnya.

    17. Bekas YB Hashim Mahmud,Kuala Selangor dapat tanah di Klang dan kemudiannya dijual.

    18. Proxy YB Sujak dapat tanah di Shah Alam dan kemudiannya dijual dan tertipu.

    19. Proxy YB Raja Idris dapat di Shah Alam – jual.

    20. Proxy YB Zainal Dahlan dapat di Sabak Bernam dan Shah Alam – jual.

    21. Sudah pasti kroni Mat Taib yang paling banyak dapat tanah atas nama berbagai syarikat. Jika tidak bagaimana dia boleh bawa duit berjuta seberat 20 kg. ke Australia.

    22. Pak Nasron, bekas Pegawai Mardi pun dapat tanah. Pak Nasron berasal Indonesia. Ia dapat tanah di Kuala Selangor seluas 10 ekar atas nama City Rider Sdn.Bhd dan telah dijual dengan harga lebih satu juta. Tanah telah diberikan oleh Mat Taib sebab ia rapat dengan Mat Taib kerana jual jamu “kuat” pada Mat Taib.

    Hasil jual tanah , YB-YB Selangor bergaya dengan kereta mewah, Mercedes berbagai model.Lihat sahaja kelakuan wakil-wakil rakyat Umno Selangor. Belum sepenggal jadi YB sudah menggayakan kereta mercedes. Sombong pulak tu.

    Tanah ini tidak termasuk tanah lot kedai atau banglo yang diberikan kepada orang Umno dan telah dijual. Kerja utama orang Umno adalah mencari tanah dan bila dapat — jual.

    Penulis menyokong penuh cadangan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang supaya Pejabat Daerah dan Tanah mendedahkan senarai pemimpin Umno dan kroni yang dapat tanah dan dijual.

    Penulis cuba menyemak kembali nama-nama dan nama syarikat yang mendapat tanah di salah sebuah pejabat daerah tetapi telah diherdik dan diancam.

    Kepada bekas MB Selangor,Mohamad Taib sila nafikan dakwaan ini.

    Kita merasa hairan, mengapa tanah TOL yang disewakan kepada Dato’ Hasan Ali seluas 6 ekar sejak hampir 10 tahun dan masih diusahakan telah dijadikan isu besar. Apakah jasa Dato’ Hasan Ali yang mendidik anak-anak dipandang begitu hina berbanding jasa pegawai Mardi (orang asal Indonesia kerja jual jamu) yang diberikan tanah 10 ekar di Kuala Selangor dan telah dijual itu lebih mulia?.

    Apakah kerana menjual jamu untuk “kuat itunya Mat Taib” maka Mat Taib sudah menganggap pegawai berkenaan sudah berjasa besar kepada negara sehingga dikurniakan 10 ekar tanah? Ramai lagi pegawai Mardi yang bertungkus lumus memajukan petani dan anak watan tetapi tidak mendapat seinci tanah pun dibumi Selangor ini.

    Sindiket menjual tanah oleh pemimpin Umno cukup licik. Mereka memohon tanah atas nama syarikat dua ringgit dan ada proxy. Apabila permohonan oleh mana-mana syarikat diluluskan oleh Exco maka Pejabat Daerah dan Tanah akan mengeluarkan borang A kepada syarikat yang memohon sebagai tanda permohonan lulus. Maka pengarah syarikat itu pun mencanangkan Borang A keseluruh negeri untuk menjualkannya.

    Biasanya tanah dijual dengan harga juta-juta. Pengusaha Cina akan membeli syarikat 2 ringgit berkenaan dan secara otomatik tanah milik syarikat itu ikut terjual.Contoh telah diberikan oleh Khir Toyo bagaimana 4 syarikat yang tak mampu bayar premium tanah telah dibeli oleh U-Wood Bhd. Hampir 100% mana-mana atau proxy pemimpin Umno yang dapat tanah telah terjual kepada pengusaha sama ada pengusaha Cina dalam atau pengusaha luar negeri.

    Kepada pemimpin Umno,jangan berlagak sombong kununnya Umno sahajalah pembela bangsa. Tetapi nyatanya Umnolah sebagai perosak , pemusnah bangsa,agama dan tanah air.

    Comment by umno pengkhianat | May 12, 2008

  9. Atok tetarik ngan apa yg maslinah tulis tu,kalau ikut perkiraan apa yg cik maslinah tulis,tak mustahil lagi 20 tahun jika umno masih memerintah Malaysia,anak cucu cik maslinah akan tergadai maruah dan body pada bangsa cina.jadi fikir fikir kanler sendiri.

    Comment by ATOK | May 12, 2008

  10. Pengajaran bagi semua perkara diatas,yg nyata dan yang kita lihat,sebenarnya bukannya senang untuk memertabatkan bangsa melayu kerana yang jadi penghalang adalah bangsa melayu sendiri,kerap kita lihat,melayu memang rajin,tapi rajin ke lain,kalau part nak membunuh dan mengainaya bangsa sendiri,bangsa melayu memang rajin,lihat sahaja bila kita cuba menaikkan martabat bangsa melayu kita,siapa yg menghalangnya,orang orang seperti maslinah ni,yg kononnya berkata berjuang untuk melayu,tapi bila kita cuba memartabatkan melayu lebih tinggi,dia pula tidak mahu melayu mendapat lebih tinggi gaji dan keselesaan hidup.jadi ni ke yg dia kata memperjuangkan melayu?
    Untuk mereka yang berakal dan mampu berfikir,kalau parti umno tu benar perjuangkan melayu,orang orang mereka tidak akan menahan melayu untuk perjuangkan hidup mereka menjadi selesa.
    Jadi bila kita lihat apa yg di tulis maslinah,ketika mereka yg lain sedang berjuang untuk kehidupan mereka,lebih lebih lagi bangsa kita,kita perjuangkan untuk bangsa kita lebih selesa dengan gaji minimum RM900,si maslinah dari umno kata pula,melayu tidak layak dapat gaji minimum begitu,dengan erti kata melayu memang layak hidup miskin selamanya.itulah dia orang orang dari parti umno,yg sering kali menghina bangsa sendiri,parti seperti umno inikah yg kita harus sokong,kita sudah lihat bukti yg nyata skrg,siapa pengkhianat melayu,lihat sahaja maslinah dari umno,itulah bukti hakikat yg nyata,si pengkhianat bangsa melayu.

    Comment by PenaPedang | May 18, 2008

  11. Hebatnya pemikiran cik maslinah tapi yang dilihat hanyalah idea-idea secondhand.
    Kalaulah betul pemimpin BN hebat, dah sekian lama memerintah banyak negeri, maka tak kan wujud isu taraf hidup yang double standard terutamanya di Selangor kerana keuntungan negara yang melimpah sepatutnya diagih sebaik mungkin bukan dikaut golongan tertentu saja.
    Awak ni masih di takuk lama dan masih lagi buta. Kesian saya tengok. Tak payah nak menyalahkan rakyat atau melayu. Salahkan pemimpin yang memimpin mereka.
    Ada faham?

    Comment by emi | May 29, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: