Kenyataan Media Ketua Pembangkang
BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT
No 110-3, Jln Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Telefon: 03-22723220, 03-22724220 Faks: 03-22721220
Website: www.keadilanrakyat.org Email: biropen@gmail.com
Kenyataan Media Ketua Pembangkang
Sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia (World Press Freedom Day)
3 Mei 2008
MEDIA BEBAS TUNTUTAN MASSA
Media merupakan sumber utama penyibaran maklumat dalam usaha membentuk sebuah negara bertamadun. Justeru kebebasan media adalah antara intipati penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Kepentingan peranan media yang bebas ini diakui sejagat apabila 3hb Mei diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Satu badan kajian antarabangsa; Freedom House baru-baru ini meletakkan Malaysia pada tangga ke 141 daripada 195 negara yang dikaji dalam senarai kedudukan kebebasan akhbar. Ini bermakna Malaysia tergolong dalam kategori “negara yang tidak bebas” bersama dengan negara-negara di Benua Afrika seperti Cameron dan Libya.
Akibat dari sikap kerajaan yang mengongkong media perdana maka wujud ribuan pejuang-pejuang siber pada pilihanraya ke 12 yang lalu. Para pejuang siber telah mencorak iklim politik negara dengan membentuk Tsunami Politik lalu memberi tamparan hebat kepada kerajaan Barisan Nasional.
Perdana Menteri sendiri telah mengakui kehebatan pejuang siber ini malangnya beliau tidak pula mengambil iktibar daripadanya. Tindakan pihak berkuasa menyoal siasat salah seorang penulis blogger terkenal dan seorang kolumnis akhbar The Sun di ambang Hari Kebebasan Media Sedunia menunjukkan kerajaan masih gagal memahami tuntutan massa.
Kerajaan Barisan Nasional seharusnya maklum dengan arus globalisasi dan maklumat tanpa sempadan. Apatah lagi negara ini telah merdeka lebih setengah abad. Rakyat yang merdeka memerlukan minda yang merdeka untuk turut serta membangunkan negara dan menikmati arus pembangunan tersebut.
Justeru Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menggesa kerajaan jangan lagi menongkah arus. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan harus dikaji semula agar sesuai dengan kehendak zaman. Akta Kebebasan Maklumat hendaklah digubal segera sebagai langkah awal mewujudkan pentadbiran yang telus dan penuh pertanggungjawaban.
Akhirnya, saya mewakili seluruh Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan, aktivis dan para pejuang siber yang tidak jemu-jemu berjuang menuntut kebebasan media. Saya harap usaha ini akan diteruskan bagi memastikan ruang demokrasi terus berkembang. Selamat Maju Jaya. (tamat)
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Ketua Pembangkang
Presiden Parti Keadilan Rakyat
May 3, 2008 - Posted by Fuziah Salleh | Hak Asasi, Human Rights, Kenyataan Media, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Pakatan Rakyat, People's Alliance, Politics, Politik Baru, Rights Issues | | 3 Comments
3 Comments »
Leave a comment
Acknowledgement
Thank you for the acknowledgement given to photographs and posts taken from this blogWinston Churchill
We make a living by what we get, we make a life by what we give.Quote of The Day
God upholds the just state even if it is unbelieving, but does not uphold the unjust state even if it is Muslim.- Ibn Taimiya
Kempen Selamatkan Generasi Masa Depan
Anda rakyat prihatin? Hentikan pemprosesan 'rare earth' di Kunatan sebelum terlambat. Hubungi kami di: kuantan_citizens@hotmail.com http://sisaradioaktif.blogspot.com-
Recent Posts
- BAHAS BAGET 2010
- BLOG Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan
- Pesanan Seorang Pemimpin dari Jauh untuk terus berkhidmat
- EID MUBARAK…. Taqabalallahu Minna Wa Minkum
- Program Jejak Fakir Parlimen Kuantan 5-13 Sept 2009
- Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!
- Elok lah sekiranya Jeff Ooi dah tarik balik kenyataan beliau
- KINI KILANG LYNAS DI GEBENG AKAN KEMBALI BEROPERASI
- Kes Kem PLKN Cini
Kalender 2009
Ingin berkongsi sesuatu dengan Fuziah?
newpolitics06@yahoo.com
Carian Kategori
-
Blog Stats
- 302,747 hits
Hubungi Kami:
Pusat Khidmat Parlimen Kuantan A137, Tingkat 1, Jalan Beserah 25300 Kuantan, Pahang +6095137970 +60192602838 pusatkhidmatkeadilan@yahoo.com .
Malaysian politicsBlogroll
- AIC
- Angkatan Muda KeADILan
- Angkatan Muda Selangor
- Anwar Ibrahim 3.0
- Azmin Ali
- BERSIH
- Cheah Kah Peng
- DUN IJOK N11
- Education in Malaysia
- Elizabeth Wong
- Faisal Mustaffa
- Fathi Aris Omar
- Harakahdaily
- Justice for All Malaysia
- KeADILan Sri Gading
- Ketua Perusuh
- Konvensyen Rakyat anjuran BERSIH
- Lee Boon Chye
- Malaysia Today
- Malaysiakini
- Merdeka Center
- Nik Nazmi
- Parlimen Ampang
- Parti Keadilan Rakyat
- Rodziah Ismail Ticker's Blog
- Selangor Kini
- Shamsul Iskandar
- Sim Tze Tsin
- Suara Anak Muda
- Suara Keadilan Online
- Syed Shahir
- Team Pencerahan AMK::2007
- The Face of New Politics (English version)
- Tian Chua
- Wanita KeADILan
- Wanita PKR Perak
- Zuraida Kamarudin
Malaysiakini.com- Pergeseran PKR Sabah selesai: Anwar December 21, 2009Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa masalah dalaman PKR Sabah telah dapat diselesaikan dan para anggota menyatakan sokongan terhadap barisan kepimpinan parti negeri...
- Umno-Gerakan berebut ketuai BN P. Pinang December 21, 2009Parti Gerakan tidak berhak menolak permintaan pemimpin Umno negeri untuk jawatan pengerusi BN Pulau Pinang kerana segalanya terpulang kepada presiden BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...
- Peguam tidak didakwa kerana tiada keganasan December 20, 2009Jabatan Peguam Negara tidak mendakwa lima peguam dan 15 lain, yang ditangkap kerana enggan bersurai dalam perhimpunan haram kerana perhimpunan itu tiada unsur keganasan atau kekerasan, siasatan awam...
- Pergeseran PKR Sabah selesai: Anwar December 21, 2009
Suara Keadilan Online- An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Kerajaan BN, Dengar! Dengar! Dengar!
Nasihat dari saya, BN tak perlu ambil pendekataan berkonflik dengan rakyat… pesen gaya dulu, kini dan selamanya gitu.
Masa berubah seiringan minda rakyat sekarang pun dah turut berubah. Rakyat dah bukak mata bulat-bulat, dah dengar suara-suara alternatif dan sekarang sebagai penyudah kata rakyat “BN dah tak releven lagi”. Pergi jahanam sama BN!
Comment by khalid al-walid | May 4, 2008
Kau ingat duit bapa engkau
Wahai penduduk Pulau Mutiara
Kerajaan pusat batalkan projek mega
Pertama kelewatan jambatan kedua
Seterusnya monorail dan lebuhraya
Azalina pula batal peruntukan RM40 juta
Termasuk cable car Bukit Bendera
Inilah “hukuman” dari Putrajaya
Geng macam Dato Azhar cukup suka
Dalam hati dia kata padan muka
Ini dia mentaliti pemimpin hangpa
Bodoh sombong busuk masam cuka
Sour grapes orang puteh kata
Oleh itu kawan-kawan semua
Tahun ini kita bayar cukai kat negeri kita
Tok sah bayar cukai kat kerajaan Putrajaya
Sebab dia orang ingat itu duit depa
Kita yang bayar gaji Pak Lah dan Azalina
Ya kita pembayar cukai yang setia
Tiap-tiap tahun tak pernah miss punya
Oleh itu kita bayar kat PUZ sahaja
Itupun kalau PUZ tukar kepala
Kita tak mau macam Shabudin Yahya
BN hukum orang Penang macam Kelantan
Tapi tak apa tak lama lagi kita tukar kerajaan
Anwar nanti naik Insyallah bulan sembilan
33 ahli parlimen sudah ada dalam tangan
Tunggu masa yang elok dan bersesuaian
Anwar ambil alih daripada Kak Wan
Tidak kalau pertama kali kita ada PM perempuan
Not bad juga idea tu kawan-kawan
DSAI boleh ambilalih BAKTI punya pucuk pimpinan
Keris Silau
Comment by RakyatTheBoss | May 4, 2008
[...] Kenyataan Media Ketua Pembangkang [...]
Pingback by Kenyataan Media Ketua Pembangkang « Din Merican: the Malaysian DJ Blogger | May 5, 2008