Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Laporan Polis AMK Negeri Pahang mengenai kes siasatan pita video Lingam

Repot Polis oleh AMK Negeri Pahang pada 25hb Mei 2008 di IPD Kuantan yang menuntut supaya siasatan terhadap individu-individu yang terbabit segera dibuat, termasuk terhadap Tun Dr Mahathir Mohamed.

Photobucket

May 31, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | No Comments Yet

Malaysiakini:Evidently, the Women…

Women’s parliamentary caucus mooted
May 28, 08 5:38pm
A group of women parliamentarians will hold a meeting tomorrow to garner support for a Women’s Parliamentary Caucus.

MCPX

More on that and other snippets from today’s parliamentary proceedings follow:
Women’s parliamentary caucus mooted

A group of women parliamentarians will hold a meeting tomorrow to garner support for a Women’s Parliamentary Caucus.

Chong Eng, three-term DAP representative for Bukit Mertajam, said she hopes for enough support from all 24 women parliamentarians.

pakatan rakyat wanita leaders parliament pc 280508“I have spoken to the Barisan Nasional women MPs. They are privately very supportive but have not attended any of our meetings,” she told a press conference in the Parliament lobby.

“I’ve always been very keen on women’s issues. We need to go back to basics and have something for women by women.”

Chong said the idea for a women’s parliamentary caucus had previously been mooted by former Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil a few years ago, but that it had failed to take off.

Parliamentary Opposition Leader Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) added: “It is time to set up a caucus to tackle women’s issues without involving politics.”

The Parliamentary Caucus on Gender Equality previously chaired by ex-Ampang MP Dr Rozaidah Talib was targeted as being ineffective during the last legislative session.

May 29, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | 4 Comments

Kenyataan Media: Respon kepada “Mayat Bayi Terapung di Kuantan”

28 Mei 2008

Berita pertemuan mayat bayi terapung berdekatan jeti Padang Lalang amat menganggu ketenteraman fikiran saya. Tentu sekali ada cerita yang menggugat perasan dan mencabar rasional pemikiran manusia biasa disebalik kisah pembuangan bayi itu ke laut. Tambahan pula memandangkan ada kemungkinan bahawa bayi itu sudahpun mati sebelum dibuang, turut menganggu perasaan saya.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Kuantan untuk bekerjasama dan tampil ke hadapan di dalam memberikan maklumat yang dapat membantu di dalam siasatan berkenaan kes ini. Namun, saya pohon rakyat Kuantan supaya tidak terlalu cepat menghukum. Sekiranya ibu kepada bayi malang ini ditemui, perkara utama yang diperlukan oleh beliau ialah bantuan dan pertolongan profesional. Tentunya ibu kepada bayi ini berada di dalam kecelaruan pemikiran perasaan dan tekanan jiwa yang amat sangat. Tiada ibu yang di dalam pemikiran waras yang sanggup berbuat sesuatu yang menyakiti bayinya walaupun dengan membiarkan gigitan nyamuk. Saya cukup empati dan simpati kepada wanita tersebut.

Saya berharap pihak polis diberi kerjasama oleh semua pihak yang mewakili penduduk dan masyarakat Kuantan supaya mereka dapat menjalankan tugas mereka sebaik mungkin dan kekal di tahap profesionalisme yang tinggi di dalam menyelesaikan kes ini. Saya juga menggesa suapaya semua pihak mewakili ‘civil societies’ di Kuantan dapat memberikan fokus dan kerjasama di dalam usaha-usaha mencegah peristiwa seperti ini dari berlaku di masa yang akan datang. Satu insiden sebegini sudah cukup mencemar keharmonian dan kualiti hidup rakyat Kuantan.

Hjh Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

————————————————————————————-

Photobucket

Sinar Pahang 26 Mei 2008

——————————————————————–

Mayat bayi ditemui terapung

KUANTAN 26 Mei – Mayat bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat ditemui terapung berhampiran jeti Padang Lalang, Tanjung Lumpur dekat sini, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Kamarudin Kutik berkata, bayi itu ditemui empat nelayan yang ketika itu berada di jeti tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, sepasukan polis yang tiba 10 minit kemudian segera membawa mayat bayi malang itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kesan-kesan lebam pada badan dan bayi itu dipercayai telah mati sebelum dibuang ke laut dalam tempoh 24 jam lalu.

”Polis sedang mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melalui maklumat daripada klinik-klinik di daerah ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kamaruddin menambah, sukar untuk menentukan dari mana mayat bayi itu dihanyutkan kerana ia ditemui dalam keadaan air laut pasang.

”Mungkin ia dihanyutkan dari tempat ditemui atau dibawa dari hulu ke kuala kerana semalam air surut,” jelasnya.

Sementara itu, seorang daripada nelayan itu, Shahrul Azizi, 27, berkata, pada mulanya, dia bersama tiga lagi rakannya menyangkakan objek yang terapung berhampiran jeti itu adalah patung.

Namun katanya, setelah dilihat dari dekat baru disedari ia adalah mayat bayi lelaki yang masih memiliki tali pusat.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0527&pub=utusan_malaysia&sec=jenayah&pg=je_02.htm&arc=hive

Photobucket

Sinar Pahang 26 Mei 2008

May 28, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Malaysian Politics, Politics | | 1 Comment

LIVE:Belah Bahagian sekarang

Kiraan undi bagi perbelanjaan RM16.810 bilion akan berlngsung sebentar lagi. 11.48am

Ini merupakan perbelanjaan terbesar di antara permintaan dalam Akta Perbekalan Tambahan (2007) 2008.

Usul Belah Bahagian diminta oleh Pakatan Rakyat.

BN telah serta-merta mengerah semua Ahli Parlimen masuk untuk mengundi.11.53am

Sebelum usul oleh Pakatan Rakyat ini, ramai Ahli-Ahli Parlimen BN “melepak” di luar Dewan.11.55am

Sekarang ada usul dari YB Ipoh Timur agar sesiapa yg mempunyai kepentingan kewangan dalam RM16.810 bilion tidak boleh mengundi. 11.56am tetapi telah ditolak oleh Pengerusi. Ah, YB Pekan baru saja masuk Dewan.11.57am Pengerusi telah tutup pengundian.

Ada undi hantu juga dalam Parlimen?11.59am

12.02pm keputusan: 92 setuju dgn belanjwan. 60 tidak bersetuju. 1 tak mengundi. Dgn ini permohonan kewangan tersebut diluluskan.

laporan oleh Rozaini Mohd Rosli

May 28, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Malaysian Politics, Politics | | No Comments Yet

Suatu post mortem ringkas

Pada 25 Mei lalu, saya telah bertemu pengunjung Pasar Pagi Kg Jawa. Ada satu perkara menarik yang saya dapat lihat sebaik sahaja saya sampai disitu, iaitu tapak pasar tersebut telah diturap semula. Terima Kasih kepada MPK kerana telah bertindak dengan segera. Aduan bahawa tapak tersebut berlubang, tidak rata dan berlopak-lopak dengan air yang menyusahkan para peniaga, merupakan aduan yang terlalu kerap saya dengari sebelum ini dan juga sewaktu berkempen.
Photobucket

Photobucket
Maka aduan ini merupakan antara yang paling awal saya ajukan kepada pihak MPK selepas saya memenangi kerusi Parlimen Kuantan. Saya terus mengajukan untuk MPK ambil tindakan berkenaaan hal ini.

Namun, apabila saya berjalan mengelillingi tapak pasar, saya berjumpa dengan peniaga di tapak bernombor 39, 40, 41 dan 42 yang mengadu bahawa kualiti turapan tidak bagus ataupun tidak rata yang menyebabkan air terus bertakung disitu apabila hujan lebat. Mereka memberitahu bahawa mereka telah melaporkan perkara itu kepada ADUN Teruntum, namun, masih belum ada apa-apa tindakan.
Photobucket Photobucket
Nampak gayanya, kena juga saya masuk campur sekali lagi… Alangkah baiknya pihak yang berkhidmat kepada rakyat melakukan tugas dan kewajiban secara dedikasi dan tidak setakat melepas batuk ditangga!

May 28, 2008 Posted by Fuziah Salleh | ADUN & DUN, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Politics, Politik Baru | | 1 Comment

KENYATAAN MEDIA: DOLAK DALIK ISU DAKWAT KEKAL

- PERDANA MENTERI DAN PENGERUSI SPR WAJIB BERTANGGUNGJAWAB

Parlimen, 27 Mei 2008:

Perdana Menteri telah menjawab soalan lisan saya secara bertulis berkenaan apakah yang akan dilakukan kepada dakwat hitam yang telah dibeli untuk kegunaan pilihanraya umum ke-12.

Jawapan beliau adalah seperti berikut (sila lihat lampiran):

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dakwat kekal yang dibeli oleh SPR masih disimpan di stor SPR. Pada masa ini, ada dua pihak yang berminat untuk membeli dakwat kekal tersebut. Perbincangan sedang dijalankan oleh Urus Setia SPR dan SPR menjangkakan Kerajaan tidak akan mengalami kerugian mengenai perkara ini.

Jawapan yang diberikan merupakan jawapan yang terlalu dangkal bagi seorang Perdana Menteri. Ianya mempamerkan sikap yang terlalu ambil mudah terhadap permasalahan negara dan pembaziran wang rakyat.

Di saat ini, Dewan Rakyat sedang berbahas mengenai perbekalan tambahan bernilai lebih RM17.5 bilion yang dipohon oleh kerajaan. Ia boleh diisyaratkan sebagai pengurusan kewangan yang kurang berhemah apabila sebahagian besarnya digunakan untuk kos operasi pentadbiran kerajaan. Di kala ramai rakyat memerlukan setiap sen untuk meneruskan kehidupan mereka, kerajaan tanpa segan silu membelanjakan wang tanpa perkiraan yang wajar seperti yang berlaku dalam insiden SPR membatalkan pengunaan dakwat kekal dalam pilihanraya ke-12. SPR menggunakan alasan akan berlaku kacau bilau menurut bukti yang diterima dari pihak polis yang kemudiannya disangkal pula oleh Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dalam Parlimen tiga minggu lalu sebagai khabar angin sahaja. Jelas kelihatan wujudnya unsur kepentingan politik dalam episod berkaitan dakwat kekal ini dengan pembaziran wang rakyat yang ketara.

Saya dimaklumkan bahawa dakwat kekal mempunyai jangka hayat sehingga enam bulan dan jika ianya telah dibeli dua bulan sebelum pilihanraya, (makluman umum ialah dakwat dibeli pada bulan Januari), maka implikasinya ialah hanya tinggal sebulan lagi sebelum tarikh lupusnya.

Sekiranya Perdana Menteri mengatakan ada yang berminat menjadi pembeli, maka disini, Kerajaan dituntut bersikap telus dalam transaksi pembeliannya. Pembuktian kewujudannya (physical evidence) perlu dikemukakan kepada audit yang bertanggungjawab. Begitu juga nanti ketika proses penjualannya, perlu juga telus dan rakyat dibenarkan melihat segala bukti dan dokumen penjualan.

Kerajaan Malaysia menerusi SPR telah boros, membazirkan wang rakyat dan berlaku tidak bertanggungjawab apabila telah membeli 48000 botol dakwat kekal dari India dengan membelanjakan sejumlah wang RM2.4 juta tanpa niat yang serius untuk menggunakannya dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Kerajaan Umno-BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri diperingatkan untuk bertanggungjawab sepenuhnya tanpa berdolak dalik menegnai insiden dakwat kekal ini. Kerajaan juga dituntut untuk bersikap telus dan berintegriti.

SPR pula telah diperalatkan oleh pihak BN dan terbukti tidak bebas. Pengerusi SPR juga telah besekongkol dengan BN untuk mengelabu mata rakyat dengan lakonan membeli dakwat kekal yang kemudiannya tidak digunakan. Saya menggesa Pengerusi SPR meletakkan jawatannya dengan serta-merta demi kepentingan rakyat.

Hajah Fuziah Salleh

Ahli Parliamen Kuantan

Ketua Bahagian KeADILan Kuantan

27 Mei 2008

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kenyataan media di atas, sila hubungi

Puan Rozaini binti Mohd Rosli, 019-8502757 email: rozainiebbm@yahoo com

Photobucket Photobucket

May 27, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Kenyataan Media, Malaysian Politics, Pilihanraya, Politics | | No Comments Yet

Live dari parlimen hari ini 26 Mei 2008: Rang Undang-Undang Terpenting untuk perbahasan sebentar saja lagi

iaitu Akta Perbekalan Tambahan (2007) 2008.

Kerajaan yang ditadbir oleh BN momohon pengeluaran tambahan sejumlah RM17,545,171,00. Ia bermakna bahawa kerajaan telah terlebih berbelanja dan kini ingin menuntut overspending tersebut dibayar daripada Kumpulan wang yang disebut Kumpulan Wang Disatukan.

Persoalan-persoalan yang timbul:

1. Adakah perbelanjaan tambahan yang diminta benar-benar adalah keperluan rakyat yang perlu dipenuhi?

2. Adakah kemungkinan pembaziran berlaku dalam perbelanjaan tersebut?

3. Dalam situasi di mana pendedahan laporan audit yang terkini hanya ada bagi tahun 2006, apakah perincian kepada perbelanjaan-perbelanjaan telah telah dilakukan bagi tahun Akta 2007?

4. Bagaimanakah keberkesanan planning, monitoring and control Kementerian Kewangan sehingga berlakunya kekurangan bajet pengurusan yang begitu besar?

Timb. Menteri sedang membentangkan Akta…

Selesai membentangkan…dan disokong usul…

Akta ini adalah suatu Akta yang penting. Pengundian dilakukan secara berseorangan bergilir di antara Ahli Parlimen BN dan Pakatan rakyat selepas selepas perbahasan mengenainya.

Saya akan cuba cut & paste pembentangan Timbalan Menteri dari penyata rasmi sebaik saja hansaard diumumkan. 4.50pm

Tapi usul Akta Perbekalan Tambahan sedang dicelahi oleh perbahasan mengenai bangkangan Ahli yang Berhormat Lim Kit Siang mengenai suatu usul yang terdahulu yang telah ditolak oleh Yang di-Pertua selepas undian dibuat.

Kita tunggu perbahasan lanjut mengenai Akta Perbekalan Tambahan yang akan didahului oleh Datin Seri Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang.

5.40pm

Perbahasan masih berlangsung oleh Ahli-Ahli Yang berhormat yang lain mengenai Rang Undang-Undang tersebut…

Hari ini parlimen akan bersidang sehingga jam 8.00pm

laporan oleh Rozaini (6.03pm).

May 26, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Politics | | No Comments Yet

Menyokong penuh laporan Polis oleh AMK 24 Mei 2008 terhadap Tun Mahathir

…perkara berkaitan dengan sisatan berkaitan skandal Lingam Tape

———————————————————————————–

Lingam tape: Police report made against Dr M
Andrew Ong and Jimadie Shah Othman | May 24, 08 7:38pm
PKR Youth has urged the police to immediately investigate former premier Dr Mahathir Mohamad and five other high-profile individuals implicated in the royal commission report on the Lingam Tape scandal.

MCPX

In a police report lodged at the Campbell police station in Kuala Lumpur, PKR Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin stressed that the commission had found sufficient cause for the six to be investigated under a slew of laws.

pkr police lingam report 240508 jim“Thus, there is a possibility that their actions might violate certain legal provisions. At the very least, the commission’s findings should be a catalyst for further investigations (by the police),” he said in his report.

Apart from Mahathir, the five others are Umno secretary-general Tengku Adnan Tengku Mansor, senior lawyer VK Lingam, tycoon Vincent Tan, former Chief Justices Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim and Eusoff Chin.

The five-member royal commission panel had recommended that the six by probed under the Sedition Act, Prevention of Corruption Act, Legal Profession Act, Official Secrets Act and the Penal Code.

Shamsul stressed in his report that the commission had found that the six individuals had the effect of undermining and eroding the independence and integrity of the judiciary.

PKR Youth leaders throughout the country are expected to make similar reports in order to pressure the police to act.

Only NZ holiday being probed

In another development, New Straits Times today reported that both the police and the Anti-Corruption Agency (ACA) had yet to begin probing the six individuals.

No action has been taken by enforcement agencies up to yesterday despite the highly anticipated commission report being released on Tuesday.

eusoff chin vk lingam new zealand trip photos 240108 frontQuoting sources, the daily reported that the police had yet to take action because no report had been lodged nor had the Attorney-General ordered them to act.
The daily also reported that the ACA only relevant ongoing investigation was regarding the New Zealand holiday in which Lingam’s and Eusoff’s families were seen photographed together.

The New Zealand holiday was not a central feature of the Royal Commission’s hearing but it was the first investigation related to the royal commission that has kicked off since the report was published on Tuesday.

The ACA had investigated the matter before in 1998 but the then attorney-general Mokhtar Abdullah had ordered the case to be closed due to ‘lack of evidence’.
pkr police lingam report 240508 poster
The New Straits Times however revealed that the police are hot on the heels of three dailies for reporting some of the commission’s findings before the government decided to make the report public.

Several individuals, including the printers of the commission report, have had their statements recorded by the police who are trying to trace the origins of the leak.SPECIAL REPORT: The Lingam Tape

May 26, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Malaysian Politics, Politics | | 3 Comments

MP’s Potpourri

Photobucket

Facilitating some untangled business of Teruntum Complex

Photobucket Photobucket
At the International Group of Working Women & Professionals, Zonta International

Photobucket Photobucket
At the officiation of Hari Keluarga Sindrom Down families.

Photobucket Photobucket

Main Speech at the YMCA biennial conference

May 25, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Malaysian Politics, Politics | | 2 Comments

Kenyataan Media: Adnan Yaakob perdaya Melayu Pahang

Kenyataan Media

20 Mei 2008

Saya menyokong penuh kenyataan oleh Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Saudara Shamsul Iskandar bin Mohd Akin, pada 17 Mei 2008, mengenai pembabitan Menteri Besar Pahang, Adnan bin Yaakob dalam skandal penjualan tanah-tanah Melayu di Ulit, Maran, Pahang.

Surat dari Umno Bahagian Paya Besar kepada Presiden Umno, Abdullah bin Ahmad Badawi yang bertarikh 5hb Mei 2008, rekod Jabatan Tanah mengenai pemilikan tanah-tanah yang terbabit dan rekod dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa Adnan Yaakob telah menyalah gunakan kuasanya sebagai seorang Menteri Besar dengan menggadaikan hak-hak orang Melayu dalam pemilikan tanah di Pahang. Menurut surat kepada Presiden Umno itu, tanah seluas 30000 ekar telah dijual kepada dua syarikat milik kaum tionghua bernilai RM600 juta.

Adnan Yaakob telah memperdayakan rakyat Melayu Pahang. Transaksi yang tidak bertanggungjawab seumpama ini disaluti risiko yang tinggi dalam menimbulkan suasana syak wasngka di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini secara berterusan.

Di kala sebahagian rakyat Pahang sedang menghadapi pelbagai kesusahan dan tanpa memiliki keperluan asas seperti tanah dan perumahan, gelagat rakus dan gelojoh Menteri Besar Pahang ini, menjadikan rakyat, khususnya orang Melayu, berasa tidak dilindungi, dan tidak berasa selamat di bawah pemerintahan kerajaan Umno-BN Pahang yang diterajui oleh Adnan Yaakob.

Seruan rakyat agar Adnan Yaakob, yang juga menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, disiasat dan diambil tindakan disiplin amatlah menepati gesaan dihapuskan gejala salahguna kuasa, penyelewengan atau rasuah dalam amalan pentadbiran urusan rakyat jelata.

Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

Ketua Bahagian KeADILan Kuantan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kenyataan media di atas, sila hubungi:

Pn Rozaini binti Mohd Rosli, 019-8502757, rozainiebbm@yahoo.com

May 21, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Ekonomi, Malaysian Politics, Politics | | 10 Comments