Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

KESELAMATAN PELAJAR MESTI DI UTAMAKAN

PhotobucketParti Keadilan Bahagian Kuantan A137, Tingkat 2, Jalan Beserah 25300 Kuantan Pahang Tel: 09-5137970

Edaran untuk Media

20 April 2008

oleh Rozaini binti Mohd Rosli

KESELAMATAN PELAJAR MESTI DI UTAMAKAN

Dua kejadian kemalangan dalam bulan April ini telah membabitkan tiga orang pelajar sekolah di mana salah seorang dari mereka telah maut dan dua lagi di kejarkan ke wad ICU untuk rawatan rapi.

Kejadian yang pertama berlaku pada awal April lalu berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Ching (http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2008/04/10/malang-yang-berbau/). Seorang pelajar Tahun Lima telah terjatuh ke dalam longkang besar (yang tidak ditutupi) dan koma seketika. Sehingga kini dia masih mengalami bengkak di tepi kanan kepalanya dan belum dibenarkan kembali ke sekolah.

Kejadian kedua, berlaku pada 18hb April lalu, telah mengakibatkan kematian seorang penuntut Sekolah Menengah Gudang Rasau di KM 9 Jalan Gambang, dan seorang lagi cedera parah. Keduanya telah cuba untuk melintas jalanraya yang sibuk, yang berdekatan dengan sekolah mereka.

Ahli Parlimen Kuantan, Pn Hjh Fuziah Salleh berpendapat bahawa keselamatan anak-anak pelajar sekolah patutlah diutamakan. Beliau menekankan bahwa situasi di mana kemalangan boleh dijangka berlaku pada bila-bila masa perlu diperbetulkan segera. ”Dua kes kemalangan baru-baru ini, memperlihatkan betapa perlunya disegerakan infrastrutur yang efektif bagi menjamin keselamatan para pelajar …Saya ingin menggesa pihak berwajib segera membina jejantas atau tempat melintas yang selamat dan longkang-longkang besar ditutup dengan sempurna…”

Menurut beliau lagi, kelengahan menyediakan prasarana untuk keselamatan pengguna jalanraya akan menjadi penyebab utama mengakibatkan lebih banyak kecederaan dan nyawa terkorban di masa akan datang.

__________________________________________________________________________________________________

Sila hubungi Rozaini Binti Mohd Rosli (Tel.: 019-8502757, email: rozainiebbm@yahoo.com )

untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut

Gambar-Gambar di Tempat Kejadian Kemalangan di Sek.Men. Gadang Rasah:

Photobucket

Sekolah Men. Keb. Gadang rasah di Batu Enam Jalan Gambang

Photobucket

Tiada zebra crossing atau jejantas untuk keselamatan pelajar melintas jalan.

Photobucket

Kenderaan yang melanggar Allahyarham Nur Fadhilah (pelajar yang maut) telah juga melanggar sebatang pokok yang tumbang ke atas seorang pemandu motosikal. Mujur beliau cedera ringan sahaja.

About these ads

April 20, 2008 - Posted by | Politics

7 Comments »

  1. salam alayk puan,

    terdapat laporan media yg mendedahkan 29 Ahli Parlimen (MP) telah tidak mengemukakan sebarang apa soalan untuk ” Sesi Pertanyaan Jawab Mulut” bagi sidang pertama Parlimen yang akan bermula pada 28 April 2008 ini. Dari 29 MP tersebut, dilaporkan 14 MP’s adalah dari pembangkang (5 dari DAP dan 9 MP dari PKR). saya harap puan tidak termasuk daripada 9 MP PKR yg tidak turut serta dan gagal mengemukakan sbrg soalan utk sesi itu. harap dpt post aktiviti puan serta keterlibatan dlm parlimen.inginkan penjelasan.thanks

    Comment by RooNRon | April 20, 2008

  2. Emmm….saya pun ingin bertanya soalan yg serupa dgn roonron. Dari maklumat yg diterima ada ahli parlimen wnita PR yg tidak hantar soalan ke parlimen april ni. Tp dari laman blog alternatif ada dimaklumkan bahawa MP Pas semua beres! Hrp2 jgn la Mp Kuantan terlepas pandang perkara ni yg amat2 penting!!!

    Comment by SahabatMesra | April 21, 2008

  3. laporan korang berdua x lengkap. entah2 x betul…isyh…

    Comment by geligaotak | April 21, 2008

  4. Pn Fuziah Salleh telah mengemukakan soalan-soalan bagi jawapan lisan dan bertulis dalam masa yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

    Harap maklum.

    Rozaini binti Mohd Rosli
    Parliamentary Assistant
    kepada Pn Fuziah Salleh.
    Ahli Parlimen Kuantan

    Comment by rozaini | April 21, 2008

  5. Alhamdulillah….terima kasih Puan Rozaini. Dan dukacita buat geligaotak krn masih hidup dlm kepompong sendiri hingga tidak peka pada isu semasa. Nasihat saya agar bykkan sumber bacaan dan rujukan.

    Comment by SahabatMesra | April 22, 2008

  6. thanks ms rozaini.
    harap dpt terus alert dgn isu2 spt ni.kita sygkn MP kuantan kita dan insya Allah kita sama2 bantu utk mempertahankan kemenangan.

    Comment by RooNRon | April 22, 2008

  7. dear sir/madam iam nathan here wold like to leave a comment about children safety in the school and out of the school..well as we a malaysian we need to do something for this children safety in side the and out side of the school..so my opion is why dont we fix a security camera,s in the school and out of the school i mean its will be more safe for all student..well we see our country is not poor or anything for fix this security camera in the school and out side of the school..why no one give this idear to our safety minister department..is a big question for everyone in malaysia..for example we have a trafic light at every schools in malaysia but there is some never flow the the trafic lights..when red they still keep on going and dont care about anyone..this kind of people must be punished because they are not a responesbilty people..so dear sir/madam..please please do something for our malaysian children make them more safe in schools and out site of the schools..thanks in advance..

    pathmanathan supramaniam..

    Comment by nathan | October 23, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: