Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Malang yang berbau

Seorang budak(Goh) berumur sebelas tahun telah terjatuh dalam longkang ini ketika menunggu bas sekolahnya datang. Goh seorang murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ching, Kuantan

Photobucket Photobucket

Saya telah menziarah Goh, di ICU, HTAA, Kuantan. Keadaannya disahkan doktor sebagai stabil. Dia mungkin akan dipndahkan ke wad biasa jika keadaannya terus bertambah baik beberapa hari lagi.


Ibunya begitu risau. Saya mendoakan agar Goh segera sembuh dan kembali ke sekolah seperti biasa.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

April 10, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Politics, Politik Baru | | 4 Comments

Selangor:Projek Ternakan Babi Moden

KENYATAAN MEDIA

09 APRIL 2008

PENJELASAN KELULUSAN KEPUTUSAN MESYUARAT EXCO BERHUBUNG PROJEK TERNAKAN BABI MODEN

DI LADANG TUMBUK, KUALA LANGAT

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor hari ini ingin menjelaskan kelulusan projek ternakan babi moden yang akan dilaksanakan di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat yang kini hangat diperkatakan. Merujuk kepada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 30 Januari 2008 lalu, mesyuarat telah mengambil Kertas EXCO-MTES No : 9/2/2008 dan mengambil keputusan untuk menimbang dan meluluskan pengambilan tanah seluas 337.09 ekar di Mukim Batu, Kuala Langat untuk tujuan Modern Pig Farming di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Mesyuarat juga memutuskan bahawa Pentadbir Tanah dan Daerah Kuala Langat diminta menyegerakan urusan pengambilan balik tanah tersebut. Segala pembiayaan kos pengambilan balik tanah tersebut akan dibiayai oleh syarikat swasta dan disalurkan kepada UPEN Selangor.


Sekretariat Akhbar
Pejabat Menteri Besar Selangor

April 10, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Kenyataan Media, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Politics, Politik Baru | | 1 Comment