Menghalau hantu di Kg Pasu, Pahang
Dengan ajakan dari Tuan Hj Suhaimi Said, Ketua Bahagian Kuala Krau, dengan rela dan penuh semangat, para penduduk Orang Asli di Kg Pasu telah menghalau “hantu-hantu” Umno dengan laungan reformasi!
Kg Pasu, Pahang
31 Mac 2008
Saya telah bertemu dengan penduduk Orang Asli di Kg Pasu, Pahang petang tadi. Ia bertujuan mendekatkan hubungan dan mendengar sebarang aduan dan cadangan bagi pihak Orang Asli di situ dan kawasan-kawasan berdekatan agar saya dan wakil-wakil rakyat Barisan Rakyat di Pahang dapat mengemukakan isu-isu berkaitan di dalam sesi-sesi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen nanti.
Tuan Hj Suhami Said Ketua Bahagian Kuala Krau, Wak Rabidin, Setiausaha Perhubungan Negeri Pahang merangkap Ketua Bahagian Rompin telah turut hadir dalam malis pertemuan tersebut.
Lebih kurang 200 orang telah hadir.
Rakyat Orang Asli tempatan telah mengemukakan aduan mengenai ketiadaan usaha pihak kerajaan mengakui hak mereka terhadap tanah adat dan pemilikan resmi Orang Asli terhadap penerokaan asal tanah-tanah di situ; kebanyakan Orang Asli tidak mendapat geran tanah di Kg Pasu dan di tempat-tempat lain di Pahang.
Rakyat Kg Pasu juga mengeluh bahwa tahap ekonomi yang lemah telah tidak membawa pembangunan yang hakiki kepada orang Asli selama 50 tahun Umno-BN memerintah. Dengan bantuan Tuan Hj Suhami Said Ketua Bahagian Kuala Krau dan ADUN-ADUN Barisan Rakyat di negeri Pahang, kami akan merangka strategi dalam mengemukan soalan-soalan di sesi-sesi Dewan Undangan negeri dan Parlimen bagi membela nasib Orang Asli, khususnya di Pahang. Di antara perkara yang akan diberi perhatian ialah penelitian terhadap perjanjian pentadbiran kerajaan negeri Pahang dengan Orang Asli mengenai penggunaan tanah-tanah yang sepatutnya menjadi milik Orang Asli yang telah diterokai oleh pihak-pihak berkenaan untuk ladang-ladang kelapa sawit dan lain-lainnya. Rakyat Orang Asli telah mengadu bahwa tiada usaha yang bersunguh-sungguh di pihak kerjaaan Umno-BN untuk membantu Orang Asli secara menyeluruh. Apakah fungsi sebenar Lembaga Kemajuan Orang Asli agaknya? Kerana taraf hidup rakyat Orang Asli tidak banyak berubah sejak dahulu.
Sebahagian anak-anak Orang Asli telah tidak bersekolah kerana tidak mampu membayar yuran persekolahan yang tinggi dan pelbagai kerana keadaan ekonomi yang rendah.
Orang Asli kini meletakkan harapan kepada Parti Keadilan Rakyat dan Barisan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim untuk melakukan reformasi dan sudah bersedia untuk melaksanakan perubahan dan tidak tertipu lagi dengan janji-janji Umno-BN yang berusia 50 tahun itu lagi.
Sebahagian penduduk Orang Asli yang hadir

Gambar-gambar menunjukkan saya diberi cenderahati pertanian oleh orang Asli di Kg Pasu
April 1, 2008 Posted by Fuziah Salleh | Ekonomi, Hak Asasi, Human Rights, Isu Sosial, Malaysia Baru, Malaysian Politics, New Politics, Politics, Politik Baru | | No Comments Yet
Acknowledgement
Thank you for the acknowledgement given to photographs and posts taken from this blogWinston Churchill
We make a living by what we get, we make a life by what we give.Quote of The Day
God upholds the just state even if it is unbelieving, but does not uphold the unjust state even if it is Muslim.- Ibn Taimiya
Kempen Selamatkan Generasi Masa Depan
Anda rakyat prihatin? Hentikan pemprosesan 'rare earth' di Kunatan sebelum terlambat. Hubungi kami di: kuantan_citizens@hotmail.com http://sisaradioaktif.blogspot.com-
Recent Posts
- BAHAS BAGET 2010
- BLOG Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan
- Pesanan Seorang Pemimpin dari Jauh untuk terus berkhidmat
- EID MUBARAK…. Taqabalallahu Minna Wa Minkum
- Program Jejak Fakir Parlimen Kuantan 5-13 Sept 2009
- Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!
- Elok lah sekiranya Jeff Ooi dah tarik balik kenyataan beliau
- KINI KILANG LYNAS DI GEBENG AKAN KEMBALI BEROPERASI
- Kes Kem PLKN Cini
Kalender 2009
Ingin berkongsi sesuatu dengan Fuziah?
newpolitics06@yahoo.com
Carian Kategori
-
Blog Stats
- 300,929 hits
Hubungi Kami:
Pusat Khidmat Parlimen Kuantan A137, Tingkat 1, Jalan Beserah 25300 Kuantan, Pahang +6095137970 +60192602838 pusatkhidmatkeadilan@yahoo.com .
Malaysian politicsBlogroll
- AIC
- Angkatan Muda KeADILan
- Angkatan Muda Selangor
- Anwar Ibrahim 3.0
- Azmin Ali
- BERSIH
- Cheah Kah Peng
- DUN IJOK N11
- Education in Malaysia
- Elizabeth Wong
- Faisal Mustaffa
- Fathi Aris Omar
- Harakahdaily
- Justice for All Malaysia
- KeADILan Sri Gading
- Ketua Perusuh
- Konvensyen Rakyat anjuran BERSIH
- Lee Boon Chye
- Malaysia Today
- Malaysiakini
- Merdeka Center
- Nik Nazmi
- Parlimen Ampang
- Parti Keadilan Rakyat
- Rodziah Ismail Ticker's Blog
- Selangor Kini
- Shamsul Iskandar
- Sim Tze Tsin
- Suara Anak Muda
- Suara Keadilan Online
- Syed Shahir
- Team Pencerahan AMK::2007
- The Face of New Politics (English version)
- Tian Chua
- Wanita KeADILan
- Wanita PKR Perak
- Zuraida Kamarudin
Malaysiakini.com- MPKB isu baru di K'tan? November 26, 2009Selepas kontroversi dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - yang membawa kepada peletakan jawatan menantu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - kini meledak pula isu kelemahan urus...
- Nik Aziz: Pemimpin PAS beri reaksi berbeza November 26, 2009Beberapa pemimpin PAS hari ini memberi reaksi yang berbeza terhadap kenyataan anak lelaki menteri Besar Kelatan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berharap tiada pihak yang melarang ayahnya meletak jawatan...
- Menjenguk Gus Dur November 26, 2009Travelog Menjenguk Abdurrahman Wahid atau Gus Dur adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu. Kami sekali lagi bertolak ke Ciganjur, Jakarta Selatan kira-kira jam 9 pagi hari terakhir kami di Kota...
- MPKB isu baru di K'tan? November 26, 2009
Suara Keadilan Online- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009KUALA LUMPUR,16 MEI (SK) - Kira-kira 1400 para peguam dari Majlis Peguam mendesak agar Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri Hishamudin Tun Hussein meletakan jawatan. Desakan berkenaan dibuat dalam satu deklarasi ketika mesyuarat agung luar biasa yang diadakan oleh Majlis Peguam semalam setelah polis bertindak menahan kira-kira lima peguam […]
- Mahu Pengesahan Warga Negara, Promoter Cari Ibu Hilang May 15, 2009oleh: Rusnizam Mahat KUALA LUMPUR, 15 MEI (SK) - Seorang promoter jualan, Yong Yai Ling meminta bantuan orang ramai mencari ibunya yang hilang bagi mendapatkan maklumat mengenai kelahirannya, seterusnya mendapatkan status sebagai warganegara tetap. Yong Yai Ling, 24 datang ke pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tengahari tadi bagi meminta bantua […]
- Majlis Peguam desak Musa dan Hisham letak jawatan, saman kerajaan May 16, 2009


