Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Berjuang memulihkan maruah negara tercinta

SYABAS kepada yang telah hadir di PERHIMPUNAN AMAN BERSIH semalam.

Kita benar-benar telah membuktikan bahawa kita ikhlas dan benar-benar melaksanakan perhimpunan tersebut secara AMAN.

Terima Kasih di atas segala kata-kata semangat dari pembaca Blog saya. Sokongan teman-teman amat saya hargai.

Kepada mereka yang memberi pandangan berbeza juga amat saya alu-alukan.

Saya juga berharap bahawa kita dapat menjadikan Blog ini tempat kita berbincang secara terbuka.

Malah saya doakan semoga dengan perbincangan yang terbuka dan dibicarakan secara telus ini dapat membuka minda teman-teman kita yang belum dapat menggarap erti sebenar perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran yang dijunjung oleh saya dan teman-teman seperjuangan.

Terutama kepada saudara ‘pemikir’. Hujah-hujah yang diluahkan benar-benar membuatkan saya insaf dan kasihan bahawa ada lagi golongan rakyat Malaysia yang berfikiran sedemikian.

Terlalu banyak lagi yang perlu dilakukan oleh saya dan kita semua dalam mendidik anak bangsa kita untuk memahami apa erti berjuang memulihkan maruah  negara tercinta.

Terlalu ramai yang masih belum sedar tentang hakikat walaupun secara zahirnya  keadaan nampak aman dan segalanya berjalan lancar, akan tetapi rakyat Malaysia sebenarnya terbelenggu dalam cengkaman penyakit yang parah, dan di masa yang  sama media disekat sehingga mambantut pemikiran minda.

Natijahnya yang kita lihat ialah cara pemikiran dan komen seperti yang dipamerkan oleh sebahagian pembaca disini.

“Ya Allah, Kau kurniakanlah hambaMu yang kerdil ini dengan kekuatan untuk terus Menyeru kepada yang Maaruf dan Mencegah dari yang mungkar. Semoga diriku ini terus di landasan menegakkan kebenaranMu Ya Allah…”

Kepada yang telah disusahkan kerana road block dan sebagainya, kami mohon maaf, akan tetapi logiknya bukan rakyat dalam perhimpunan yang menyusahkan orang ramai, tetapi pihak polis yang dok buat road block tu…… Apa ke halnye nak buat road block?????? Bukankah kami rakyat Malaysia yang ada hak dan bebas untuk bergerak ke sana sini serta juga bebas menyuarakan pendapat ? Itulah yang sepatutnya  dalam negara demokrasi, bukan gitu? Atau inikah Demokrasi ala Malaysia??????? sama-sama kita pikir…..

“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan di dalam silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi yang berfikir……” Surah Al Imran

November 11, 2007 Posted by Fuziah Salleh | Hak Asasi, Human Rights, Malaysian Politics, Pilihanraya, Politics | | 5 Comments