Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Perhimpunan Aman BERSIH 10 November akan diteruskan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Di dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, Pilihanraya yang ADIL & BEBAS merupakan hak setiap rakyat.

Dalam keadaan Pilihanraya di Malaysia masih belum di dapati Adil & Bebas, seperti yang dituntut oleh BERSIH, maka adalah wajar sekiranya rakyat menuntut demikian.

Saya berpendirian, pihak polis wajar membenarkan perhimpunan aman ini berlaku dan juga ianya merupakan tanggungjawab pihak Polis untuk memberikan segala sokongan dan kerjasama demi memastikan keselamatan semua rakyat yang berhimpun secara aman pada 10 hb Nov 2007 nanti.

Buktikan integriti pihak Polis dan janganlah berterusan menjadi pekakas pihak UMNO & Barisan Nasional.

UBAH SEBELUM PARAH
UBAH DEMI MARUAH

Fuziah Salleh

Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat

————————————————————————————————————–

Laman web BERSIH telah dihacked.

November 6, 2007 Posted by Fuziah Salleh | Election, Hak Asasi, Human Rights, Kenyataan Media, Malaysian Politics, Pilihanraya, Politics, Rights Issues | | 54 Comments

Sambutan Hari Raya Kuantan Meriah

Sambutan Hari Raya ‘Idulfitr anjuran bersama KeADILan Bahagian Kuantan dan PAS Kawasan Kuantan telah disambut meriah dengan lebih 2000 orang hadir di majlis tersebut.

Ia telah diadakan pada Ahad 4 november, 2007 lalu.

Para tetamu terdiri daripada rakyat tempatan, pimpinan dan ahli-ahli politik KeADILan, PAS dan DAP Kuantan dan Indera Mahkota serta para pemberita.

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketBersama para tetamu daripada berbagai lapisan dan bangsa

Selain saya, sebagai Ketua Bahagian KeADILan Kuantan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kawasan telah turut memberikan ucapan di majlis tersebut.

November 6, 2007 Posted by Fuziah Salleh | Berita Ringkas | | No Comments Yet